Friday 31 December 2010

Apa dah jadi dengan Selangor?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.b.t

Berakhirnya tahun 2010 dengan satu berita yang mengejutkan anak jati Selangor ini.+_+
Jawatan penting dalam negeri diberikan kepada orang yang tidak dikehendaki kerajaan negeri..huh..
Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar di sebalik perlantikan ini..
 
Apa yang pasti, saya memang suka cara Selangor diperintah sekarang.Saya memohon supaya tiada tangan-tangan yang jahat akan menyentuh keamanan negeri ini.

Kita semua hanyalah hamba Allah yang mempunyai banyak tugas untuk memastikan keamanan dunia bukan merosakkannya.Tapi, yang jelas,manusia memang suka merosakkan dunia kerana cintakan dunia,kuasa,harta dan nama.

Allah...

Dunia sudah hampir hendak kiamat,tetapi kenapa manusia masih berfikir bagaimana hendak menjatuhkan antara satu sama lain?Kenapa kita tidak sibuk melakukan amalan kebaikan, malah menambahkan amalan kejahatan?Tidakkah kamu takut pada Allah , Tuhan Pencipta Sekalian alam?

Kerana ada kuasa,kita sanggup membuat yang haram walaupun kita tahu,kita sudah melanggar undang-undang yang dicipta manusia sendiri.Ini adalah perbuatan mungkar!

Bersabarlah,wahai pimpinan Selangor!!Allah sentiasa berada bersama dalam kebenaran..^_^
 

Hormati Kerajaan Negeri

Hormati Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat

1. Politik Negeri Selangor kembali menarik perhatian umum berikutan isu perlantikan Khusrin dari JAIS ke jawatan barunya sebagai SUK Negeri Selangor . Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan YAB Menteri Besar akan mohon mengadap Kebawah Duli Sultan untuk membincangkan isu ini , suka saya tegaskan bahawa pandangan Kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah Kerajaan yang stabil.

2. Biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak se"ideologi" dengan Kerajaan pusat , namun kerajaan negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya .

3. Sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana - mana kerajaan negeri yang lain  tidak di"ganggu" apalagi cuba diguling semata - mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan. Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan - kerajaan negeri seperti Selangor , Kedah , Penang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi .

4. Pengumuman KSN dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ianya dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor. [ Jawatan SUK ialah jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]

5. SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu  Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif. Namun realiti yang berlaku di Selangor , Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontraversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria - ia benar menabalkankan Khusrin sebagai SUK Selangor ?

6. Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan , tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi ? kemana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini ? apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan ?

7. Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional , tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme.  Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik !

8. Saya berharap rundingan YAB Menteri Besar dengan pihak Sultan akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri malah jua demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Yang Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar.

Tuesday 28 December 2010

Dedikasi buat dirinya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dedikasi buat dirinya…^_^











Hari ini, dia dah berusia 18 tahun 1 hari.
Tak sangka dah besar adikku yang sorang nih.
Teringat masa kecil yang sangat best…^_^

Kami agak rapat sewaktu kecil,
Sehinggakan aku memanggil dia ‘adik’ walaupun dia masih mempunyai adik..huhu..
Memang aku suka berleter,
Aku garang di rumah,
Tapi, sebenarnya aku nak yang terbaik untuk semua adikku…=.=

Susah-payah mak dan abah kami membesarkan kami di sebuah rumah kecil,
Kehidupan yang agak sederhana,
Keinginan kami tidak pernah ditolak,
Namun, pendidikan tentang Islam selalu diterapkan,
Ketegasan dalam mendidik menjadikan kami mengenal Allah dan RasulNya,
Kerana mereka bersungguh untuk menjadikan kami anak yang berguna untuk Islam itu sendiri..
Terima kasih ,mak+ abah…!!!

Kini, kami semua sudah besar,
Aku dan dia ditakdirkan untuk belajar di university yang sama, Negara yang sama,
Aku tidak pernah sangka Allah akan mengabulkan permintaanku,
Permintaan untuk dia belajar di sini untuk menemaniku,
Bersama-sama berusaha membina cita-cita,
Bukan sahaja untuk diri sendiri…sudah tentu untuk ibu bapa tersayang dan Islam tercinta..^_^

Dedikasi untuk dirinya…
Jagalah perlakuanmu dan perkataanmu sebagai seorang muslim,
Niatkanlah setiap langkahmu di bumi Anbiya’ untuk mencari redhaNya,
Sedarilah bahawa dirimu mutiara agama,
Berusahalah belajar bersungguh-sungguh kerana Allah dan RasulNya,
Carilah ilmu agama untuk menyucikan hatimu sentiasa,
Jadikanlah  zikir dan membaca Al-Quran sebagai amalan harianmu
Jadikanlah ‘memberi’ itu sebagai erti kamu hidup,
Memberi senyuman,
Memberi sedekah,
Memberi tenaga dan masa untuk Islam,
Memberi pertolongan kepada setiap manusia,
Semoga segalanya dinilai di sisiNya….

Harapanku pada mereka ( adik-beradik),
 Semoga kita menjadi anak terbaik untuk mak dan abah,
Menjadi muslim terbaik yang membawa risalah RasulNya,
Menjadi hamba yang mengingati PenciptaNya setiap masa,
Semoga kita sama –sama berjumpa di Jannah yang kekal abadi…Ameen Ya Rabb.=.=

Maaf dipinta...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat Iman dan Islam, yang memberikan diri kerdil bernafas ,yang masih memberikan nikmat kesihatan kepada hambaNya,yang sentiasa memberi  peluang kepada hambanya untuk bertaubat, yang memberi kesedaran kepada hambaNya tentang hidup ini perlu dimanfaatkan untuk Allah semata-mata serta berbagai nikmat yang lain yang tidak terhitung..=.=

SubhanAllah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Rupa-rupanya  banyak lagi kekhilafan diri ini yang perlu diperbaiki,
Rupa- rupanya lemahnya diri ini dalam menghadapi cabaran hidup ini,
Rupa- rupanya Allah selalu mengingatkan diri ini melalui sahabat-sahabat..

Begitu kompleks Allah menciptakan manusia,
Pelbagai ragam,
Pelbagai kehendak,
Pelbagai perangai,
Pelbagai permintaan….

Aku hanya hamba yang lemah,
Mudah terasa dan tersinggung,
Mudah marah dan kecewa,
Mudah mengeluarkan kata-kata, tetapi selalu lupa ada hati yang terasa,
Mudah alpa ada hati yang lembut diguris…

Kerna karakterku berbeza dengan manusia lain,
Aku mengharap semua orang menerima karakterku dengan seadanya,
Kerana itulah diriku yang sebenar..
Aku tidak mampu meniru karakter orang lain,
Kerana aku yakin, manusia itu diciptakan semuanya berbeza..

SERIBU kemaafan dipinta andai diri ini yang bersalah,
Kerana ku takut Allah jauh daripadaku kerana jauhnya hati manusia kepadaku,
Mohon diterima diri ini seadanya….+_+