Friday 6 May 2011

Ceritaku,ceritamu jua~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..
Alhamdulillahi wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Hari ini hari Jumaat di mana hari yang banyak barakah dan sebaik-baik hari untuk orang beriman mendapat pahala bonus yang banyak bagi sesiapa yang benar-benar memanfaatkan hari ini.Semoga kita semua tergolong di dalam kumpulan itu.ameen^_^

Musim peperiksaan semakin dekat.Alhamdulillah,pejam celik akhirnya waktu yang dinanti semakin tiba.Maklumlah, saya hanyalah pelajar repeat year yang mengulang satu subjek yang selalu mengharapkan agar waktu repeat year ini berlalu dengan cepat.Tetapi berharap masa-masa yang masih ada dimanfaatkan sebaik mungkin menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang hamba.Ya Allah,permudahkanlah..=.=

Masam manis kehidupan..

"Best kan dr. ahmad ajar hari ni..lawak betul la dia...."
"Akak ade exam ke dlm mase terdekat ni?"
"Eh,hari ni subjek ape ye doc nak ajar,aku blum study ni..." tanya A kepada B..
"Kita mesti utamakan belajar dan dapat keputusan yang cemerlang untuk memastikan dakwah kita didengari"
"Kita mesti belajar bersungguh-sungguh supaya x ulang tahun nanti..."
"Orang repeat year ni semangat dia agak kurang..."

Ya..kata-kata di atas sering berlegar-legar dalam kehidupan seharian saya.Maklumlah,hidup di kalangan masyarakat medic yang pelbagai ragam dan persepsi.Ada yang ambil berat tentang kami,ada yang suka mengajak ke clinic dan mengajar kami,iaitu pelajar yang repeat year,dan tanpa sedar ada yang seolah-olah 'act' dgn kami,sekiranya terserempak seolah-olah tidak kenal kami dan yang paling menyedihkan ada yang tidak pernah langsung ambil tahu pasal kami.+_+

Saya yang sudah terpisah dengan batch saya ,sering rindu masa belajar bersama-sama kawan-kawan di dalam kelas.Sekiranya mengantuk,pasti ada yang menghulur gula-gula atau yang tolong cubitkan tangan.~.~ Berkongsi nota dan tidak kurang juga yang mengajar apabila ada yang tidak difahami.Berkongsi debaran untuk sama-sama menghadapi peperiksaan dan saling memberi semangat apabila takut menghadapi peperiksaan.Berkongsi cerita mengenai diri masing-masing apabila berpeluang dan bergurau senda di dalam kelas.

Kini, sudah tidak wujud lagi keadaan tersebut dalam hidup saya.Walaupun pahit,terpaksa ditelan jua.Segala-galanya kini perlu dilakukan sendiri.Saya yang tidak ada kelas dan exam ni,sering cuba melakukan sesuatu untuk  dipelajari,semoga setiap detik itu seiring dengan redhaMu ,Ya Allah!

Be Postive!


Dahulu,saya sering dipengaruhi persekitaran.Apabila ada orang membuat saya terasa dengan sesuatu,saya terus sedih dan tidak bersemangat.Namun,hikmah repeat year itu Allah tunjukkan satu-persatu.Banyak yang saya belajar dalam jangka waktu ini.Dalam fatrah ini, memang banyak yang saya terasa dengan kata-kata orang,tetapi,mungkin disebabkan kekerapan disakiti tanpa disedari itu meningkat, sehinggakan saya sudah tidak kisah dengan apa yang dikata!

Saya belajar untuk mengawal mood saya, supaya ceria sentiasa,tidak peduli dengan pandangan yang negatif,bersabar dengan pelbagai ragam manusia,cuba menerima teguran dan belajar menghargai orang.Saya belajar untuk menguasai zon kuasa diri dan meninggalkan zon kuasa luar seperti persepsi,cuaca,mood orang,dan sebagainya yang tidak boleh dikawal dan mengambil perkara-perkara yang positif sahaja.Semoga dipermudahkan Allah untuk istiqamah =.=

Orang terpilih kena lebih..

Kata-kata ini sering saya tujukan kepada sahabat-sahabat.Tetapi, saya nak modify ckit.huhu.

Semoga dengan terpilihnya kita,wahai sahabat yang repeat year,usaha kita untuk menjadi orang yang hebat adalah lebih BANYAK! Jihad dan pengorbanan itu perlu untuk kita menjadi yang lebih baik.Kejayaan yang sebenar adalah apabila melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar diiringi niat yang betul untuk belajar ilmu Allah ini.

Sememangnya Allah menuntut kita berusaha sehabis baik disertai tawakkal yang tinggi.Malah, berjaya dalam pelajaran juga membantu untuk melaksanakan matlamat hidup yang lebih besar lagi iaitu menuju ke arah akhirat yang kekal abadi.Jom cuba praktikkan ciri-ciri sebaik-baik pekerja yang disebut dalam Surah al-Qasas iaitu Al-Qawiyyu dan Al-Amin .Semoga kesungguhan yang dilakukan dengan memahami kita sebagai sebaik-baik umat disertai kebergantungan kepada Allah semata-mata membantu untuk kita berjaya melepasi alam pembelajaran di universiti dan menjadikan kita doktor yang kompeten.

Kita juga perlu lebih mendidik attitude diri dalam muamalah bersama manusia.Jangan sombong dan rajinlah bertanya sekiranya tidak tahu.Beranilah untuk mencuba dan cuba berdikari.

Sahabat,
Kita sering menyangka panas sehingga ke petang, rupanya Allah turunkan hujan di tengah hari tanpa disangka-sangka.Tapi jangan lupa, sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi yang cantik..  ^_^

Kita merancang,tetapi perancangan Allah itu lebih baik.Semoga selepas ini, kejayaan dalam dunia dan akhirat juga merupakan perancangan Allah yang terbaik untuk kita.Ameen...

'Kamu semua inginkan kejayaan,tetapi kamu tidak menaiki kapal untuk kejar kejayaan itu,jadi tiadalah jalan sebenarnya untuk kapal itu bergerak'

Allahu Rabbi.
Wassalam

No comments:

Post a Comment