Thursday 4 August 2011

Saya nak pilihanraya yang B****H!

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang menawarkan pelbagai ganjaran untuk bulan Ramadhan yang mulia,selawat serta salam buat Rasulullah,kekasih yang dirindui selalu.

Tamatnya musim peperiksaan menandakan bermulanya cuti musim panas di Mesir.Alhamdulillah,Allah masih memberi kita peluang untuk merasai kemanisan bulan Ramadhan dan meraih sebanyak mungkin pahala sebagai ganjaran ibadah yang dilakukan hanya kerana Dia.

Saya ingin menceritakan satu peristiwa penting sepanjang fatrah imtihan  iaitu perhimpunan BERSIH 2.0.BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak sesetengah pihak kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

 Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :

Mereformasikan undi pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
Kukuhkan Institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor

Ada juga sesetengah daripada sahabat saya mengatakan BERSIH adalah mainan golongan bukan Islam kepada golongan Islam kerana diketuai oleh orang bukan Islam iaitu AMBIGA.Tetapi,sahabat saya lupa,perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat yang sudah lama menginginkan keadilan dalam pilihanraya dan ingin menyingkirkan pemerintah yang tidak telus dalam perkhidmatannya dalam mengurus negara,dan  ketua yang dilantik adalah Ambiga,seorang yang bukan Islam.

Namun,saya berminat untuk berkongsi satu analogi. Pak Mat berjiran dengan Ah Seng dan Muthu.Pada suatu hari,rumah Pak Mat dimasuki pencuri pada waktu malam dan Pak Mat menjerit meminta tolong.Lalu,terbangunlah kedua-dua jiran Pak Mat kerana kekecohan tersebut.

Ah Seng : Apa bising2 ni pak mat?aiya…
Pak Mat : Habis barang-barang saya dicuri….Tolong tangkap pencuri tu….!
Muthu    : Macam ni la..saya kejar pencuri ni kat kawan sebelah kanan,Ah Seng cari di kawasan
                 sebelah kiri,Pak Mat cari di kawasan depan ni..ok? Klu dapat tangkap,kita menjerit panggil
                 satu sama lain..
Pak Mat dan Ah Seng : OK!!!

Akhirnya mereka dapat menangkap pencuri tersebut atas kerjasama yang padu.Begitulah juga di Malaysia.Walaupun berbeza agama,tetapi masyarakat kini sedar bahawa mereka ditipu oleh pemerintah yang telah menggunakan wang negara sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan sendiri serta mereka juga sedar bahawa pilihanraya negara tidak telus dek kehadiran pengundi hantu di merata tempat , dan mereka bekerjasama untuk menangkap ‘pencuri’ tersebut.

Apa pun,masyarakat telah dibuka matanya terhadap segala tindakan yang tidak jujur oleh pemerintah.Namun,ada segolongan sahabat saya yang mengaku mereka mendokong jemaah tetapi membutakan mata hati untuk terlibat dalam masalah besar yang melanda negara kini.Ini kerana mereka menyatakan ada cara lain untuk menegur pemerintah tetapi mereka tidak sedikit pun berganjak untuk menegur pemerintah.

Semoga Allah member hidayah kepada kita semua~

Allahu Rabbi

No comments:

Post a Comment