Thursday 4 August 2011

Saya nak pilihanraya yang B****H!

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang menawarkan pelbagai ganjaran untuk bulan Ramadhan yang mulia,selawat serta salam buat Rasulullah,kekasih yang dirindui selalu.

Tamatnya musim peperiksaan menandakan bermulanya cuti musim panas di Mesir.Alhamdulillah,Allah masih memberi kita peluang untuk merasai kemanisan bulan Ramadhan dan meraih sebanyak mungkin pahala sebagai ganjaran ibadah yang dilakukan hanya kerana Dia.

Saya ingin menceritakan satu peristiwa penting sepanjang fatrah imtihan  iaitu perhimpunan BERSIH 2.0.BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak sesetengah pihak kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

 Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :

Mereformasikan undi pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
Kukuhkan Institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor

Ada juga sesetengah daripada sahabat saya mengatakan BERSIH adalah mainan golongan bukan Islam kepada golongan Islam kerana diketuai oleh orang bukan Islam iaitu AMBIGA.Tetapi,sahabat saya lupa,perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat yang sudah lama menginginkan keadilan dalam pilihanraya dan ingin menyingkirkan pemerintah yang tidak telus dalam perkhidmatannya dalam mengurus negara,dan  ketua yang dilantik adalah Ambiga,seorang yang bukan Islam.

Namun,saya berminat untuk berkongsi satu analogi. Pak Mat berjiran dengan Ah Seng dan Muthu.Pada suatu hari,rumah Pak Mat dimasuki pencuri pada waktu malam dan Pak Mat menjerit meminta tolong.Lalu,terbangunlah kedua-dua jiran Pak Mat kerana kekecohan tersebut.

Ah Seng : Apa bising2 ni pak mat?aiya…
Pak Mat : Habis barang-barang saya dicuri….Tolong tangkap pencuri tu….!
Muthu    : Macam ni la..saya kejar pencuri ni kat kawan sebelah kanan,Ah Seng cari di kawasan
                 sebelah kiri,Pak Mat cari di kawasan depan ni..ok? Klu dapat tangkap,kita menjerit panggil
                 satu sama lain..
Pak Mat dan Ah Seng : OK!!!

Akhirnya mereka dapat menangkap pencuri tersebut atas kerjasama yang padu.Begitulah juga di Malaysia.Walaupun berbeza agama,tetapi masyarakat kini sedar bahawa mereka ditipu oleh pemerintah yang telah menggunakan wang negara sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan sendiri serta mereka juga sedar bahawa pilihanraya negara tidak telus dek kehadiran pengundi hantu di merata tempat , dan mereka bekerjasama untuk menangkap ‘pencuri’ tersebut.

Apa pun,masyarakat telah dibuka matanya terhadap segala tindakan yang tidak jujur oleh pemerintah.Namun,ada segolongan sahabat saya yang mengaku mereka mendokong jemaah tetapi membutakan mata hati untuk terlibat dalam masalah besar yang melanda negara kini.Ini kerana mereka menyatakan ada cara lain untuk menegur pemerintah tetapi mereka tidak sedikit pun berganjak untuk menegur pemerintah.

Semoga Allah member hidayah kepada kita semua~

Allahu Rabbi

Friday 6 May 2011

Ceritaku,ceritamu jua~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T..
Alhamdulillahi wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Hari ini hari Jumaat di mana hari yang banyak barakah dan sebaik-baik hari untuk orang beriman mendapat pahala bonus yang banyak bagi sesiapa yang benar-benar memanfaatkan hari ini.Semoga kita semua tergolong di dalam kumpulan itu.ameen^_^

Musim peperiksaan semakin dekat.Alhamdulillah,pejam celik akhirnya waktu yang dinanti semakin tiba.Maklumlah, saya hanyalah pelajar repeat year yang mengulang satu subjek yang selalu mengharapkan agar waktu repeat year ini berlalu dengan cepat.Tetapi berharap masa-masa yang masih ada dimanfaatkan sebaik mungkin menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang hamba.Ya Allah,permudahkanlah..=.=

Masam manis kehidupan..

"Best kan dr. ahmad ajar hari ni..lawak betul la dia...."
"Akak ade exam ke dlm mase terdekat ni?"
"Eh,hari ni subjek ape ye doc nak ajar,aku blum study ni..." tanya A kepada B..
"Kita mesti utamakan belajar dan dapat keputusan yang cemerlang untuk memastikan dakwah kita didengari"
"Kita mesti belajar bersungguh-sungguh supaya x ulang tahun nanti..."
"Orang repeat year ni semangat dia agak kurang..."

Ya..kata-kata di atas sering berlegar-legar dalam kehidupan seharian saya.Maklumlah,hidup di kalangan masyarakat medic yang pelbagai ragam dan persepsi.Ada yang ambil berat tentang kami,ada yang suka mengajak ke clinic dan mengajar kami,iaitu pelajar yang repeat year,dan tanpa sedar ada yang seolah-olah 'act' dgn kami,sekiranya terserempak seolah-olah tidak kenal kami dan yang paling menyedihkan ada yang tidak pernah langsung ambil tahu pasal kami.+_+

Saya yang sudah terpisah dengan batch saya ,sering rindu masa belajar bersama-sama kawan-kawan di dalam kelas.Sekiranya mengantuk,pasti ada yang menghulur gula-gula atau yang tolong cubitkan tangan.~.~ Berkongsi nota dan tidak kurang juga yang mengajar apabila ada yang tidak difahami.Berkongsi debaran untuk sama-sama menghadapi peperiksaan dan saling memberi semangat apabila takut menghadapi peperiksaan.Berkongsi cerita mengenai diri masing-masing apabila berpeluang dan bergurau senda di dalam kelas.

Kini, sudah tidak wujud lagi keadaan tersebut dalam hidup saya.Walaupun pahit,terpaksa ditelan jua.Segala-galanya kini perlu dilakukan sendiri.Saya yang tidak ada kelas dan exam ni,sering cuba melakukan sesuatu untuk  dipelajari,semoga setiap detik itu seiring dengan redhaMu ,Ya Allah!

Be Postive!


Dahulu,saya sering dipengaruhi persekitaran.Apabila ada orang membuat saya terasa dengan sesuatu,saya terus sedih dan tidak bersemangat.Namun,hikmah repeat year itu Allah tunjukkan satu-persatu.Banyak yang saya belajar dalam jangka waktu ini.Dalam fatrah ini, memang banyak yang saya terasa dengan kata-kata orang,tetapi,mungkin disebabkan kekerapan disakiti tanpa disedari itu meningkat, sehinggakan saya sudah tidak kisah dengan apa yang dikata!

Saya belajar untuk mengawal mood saya, supaya ceria sentiasa,tidak peduli dengan pandangan yang negatif,bersabar dengan pelbagai ragam manusia,cuba menerima teguran dan belajar menghargai orang.Saya belajar untuk menguasai zon kuasa diri dan meninggalkan zon kuasa luar seperti persepsi,cuaca,mood orang,dan sebagainya yang tidak boleh dikawal dan mengambil perkara-perkara yang positif sahaja.Semoga dipermudahkan Allah untuk istiqamah =.=

Orang terpilih kena lebih..

Kata-kata ini sering saya tujukan kepada sahabat-sahabat.Tetapi, saya nak modify ckit.huhu.

Semoga dengan terpilihnya kita,wahai sahabat yang repeat year,usaha kita untuk menjadi orang yang hebat adalah lebih BANYAK! Jihad dan pengorbanan itu perlu untuk kita menjadi yang lebih baik.Kejayaan yang sebenar adalah apabila melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pelajar diiringi niat yang betul untuk belajar ilmu Allah ini.

Sememangnya Allah menuntut kita berusaha sehabis baik disertai tawakkal yang tinggi.Malah, berjaya dalam pelajaran juga membantu untuk melaksanakan matlamat hidup yang lebih besar lagi iaitu menuju ke arah akhirat yang kekal abadi.Jom cuba praktikkan ciri-ciri sebaik-baik pekerja yang disebut dalam Surah al-Qasas iaitu Al-Qawiyyu dan Al-Amin .Semoga kesungguhan yang dilakukan dengan memahami kita sebagai sebaik-baik umat disertai kebergantungan kepada Allah semata-mata membantu untuk kita berjaya melepasi alam pembelajaran di universiti dan menjadikan kita doktor yang kompeten.

Kita juga perlu lebih mendidik attitude diri dalam muamalah bersama manusia.Jangan sombong dan rajinlah bertanya sekiranya tidak tahu.Beranilah untuk mencuba dan cuba berdikari.

Sahabat,
Kita sering menyangka panas sehingga ke petang, rupanya Allah turunkan hujan di tengah hari tanpa disangka-sangka.Tapi jangan lupa, sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi yang cantik..  ^_^

Kita merancang,tetapi perancangan Allah itu lebih baik.Semoga selepas ini, kejayaan dalam dunia dan akhirat juga merupakan perancangan Allah yang terbaik untuk kita.Ameen...

'Kamu semua inginkan kejayaan,tetapi kamu tidak menaiki kapal untuk kejar kejayaan itu,jadi tiadalah jalan sebenarnya untuk kapal itu bergerak'

Allahu Rabbi.
Wassalam

Tuesday 3 May 2011

Osama bin Laden sudah meninggal?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah wa solatu wassalam 'ala Rasulillah..

Terkejut benar saya apabila mendengar berita kematian Osama.Dia yang dianggap terrorist oleh Amerika Syarikat kerana kononnya terlibat dengan peristiwa 11 September 2001.sejak kejadian 11 September itulah , orang Islam sering digelar terrorist walaupun kebenaran bahawa hanya agama Islam yang benar di atas muka bumi ini sudah diketahui Barat.

Tetapi apabila melihat foto yang ditayangkan,rupa-rupanya hanyalah gambar edit semata-mata.Saya masih tidak pasti sama ada Osama sudah meninggal dunia atau belum.Saya masih mengkaji kenapa AS sibuk menyatakan berita tersebut.Mungkin mereka sudah tiada isu sensasi untuk menarik perhatian dunia.=.+

Teringat saya akan perbualan saya bersama abah ketika saya di tingkatan dua di mana ancaman ke atas orang Islam semakin meruncing berikutan Peristiwa 11 September itu.

Saya:" Abah,kalau Osama datang Malaysia,jom kita ajak dia duduk rumah kita,kita sembunyikan dia,dia
          bukan bersalah pun.ummi tahu.."
Abah :" Boleh...memang dia tak bersalah pun, cuma AS sibuk cari siapa yang nak dijadikan dalang peristiwa
           11 sept tu je.. 

Apabila teringat balik perbualan tersebut, saya tersenyum sendirian.Tersenyum kerana abah sering melayan idea mentah daripada saya tanpa memikirkan akibat yang akan kami tempuh kerana menyembunyikan orang yang dituduh penjenayah.Abah rajin menceritakan isu semasa kepada saya.Abah memang seorang tokoh dalam keluarga yang paling saya kagumi.Dia memang banyak pengetahuan mengenai isu semasa.Pengorbanan,pengetahuan dan sikap suka menolong yang ditonjolkan menjadikan saya begitu menyanjungi abah.Pernah terfikir,"nak cari suami yang baik macam abah la!"..huhu..

Jom ikuti ucapan Tuan Guru Nik Aziz berkenaan isu ini..

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.


Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.


Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin?


Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.


Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan, 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
 

Wednesday 27 April 2011

Degil?!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W,B.T

Segala puji bagi Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam buat Rasul junjungan.

Kali ini memang istiqamah saya ber-blog teruji.=.=

Sudah lama tidak berkesempatan berkongsi sesuatu.Banyak yang ingin dikongsi sebelum ini, tetapi harapan hanya tinggal harapan.Kekangan yang tidak habis akhirnya membuai saya dan terlupa untuk cuba memberi setelah menerima..

Saya ingin berkongsi kelemahan diri kali ini.Bukan hendak membuka pekung di dada, tetapi mengharapkan orang yang berada di sekeliling saya faham keadaan diri yang lemah ini, menerima saya seadanya..+.+

Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam turutan adik-beradik saya.Kata orang, anak kedua ni lain sikit.Mereka dikurniakan Allah, masing-masing, mempunyai karakter yang berlainan yang menarik atau agak pelik.Dan apa yang paling menarik, ahli beit saya kesemuanya adalah anak kedua.!~.0
Adakah bisa tercetus Perang Dunia ke-3?huhu..Sudah tentu tidak, sebab kami saling memahami antara satu sama lain..

Saya sememangnya berlainan daripada kesemua adik-beradik saya.Mak saya kata,saya ni yang paling degil.huhu.Buat sesuatu x pernah mengalah.(sbnrnya,mak x pernah ckp saya degil pun,sbb x elok seorang ibu mengucapkannya,tp,melalui reaksi yang selalu diberikan,memang saya seorang anak yang dia kena sabar sikit.sori ,mak!!huhu)Tetapi, yang paling menarik, mak paling sayang saya walaupun anak dia ni paling pelik!huhu..

Sifat itu terbawa-bawa sehingga dewasa.Malah,kadang-kadang terbawa-bawa apabila berurusan dengan ikhwah dalam kerja persatuan.Saya cuba mengawalnya, tetapi saya tidak mampu sekiranya perancangan yang diaturkan sekadar tinggal perancangan,tiada tindakan!

Mungkin kadang-kadang harapan yang saya letakkan terlalu tinggi.Saya hanya wanita lemah yang mengharap adanya lelaki yang dapat memandu sesuatu kerja itu, bukan saya yang mengawal segala-galanya.Saya selalu memberi masa untuk ketua saya menyesuaikan diri.Tetapi, sekiranya masa bekerja sudah hampir tamat,adakah perlu sambil lewa itu?Memudahkan sesuatu urusan kerja ,meghapuskan suatu usaha yang sudah lama dibina ...Akhirnya, saya terpaksa degil untuk terus melaksanakannya walaupun seorang diri.Tetapi, kelihatannya saya macam nak kerja seorang diri,bukan bersama ketua...+_+Ya Allah, ujianMu itu betul-betul menguji kesabaran hamba yang lemah...

Ayah saya pernah berkata, saya seorang yang tak suka duduk diam.Ada je kerja yang nak dibuat.Tetapi,kelemahan saya ialah cuba menjadikan sesuatu kerja itu sempurna.Saya mudah tertekan sekiranya kerja itu kurang sempurna dan saya tidak diberi kepercayaan yang sepenuhnya.Namun, setelah diberi pengisian tentang 5 aspek penting dalam hidup yang perlu diseimbangkan,saya akur.Aspek itulah yang saya perolehi melalui SPIES..

Spiritual,Physical,Intelectual,Emotional dan Social.....~.~

Saya bukanlah insan yang hebat, tetapi saya ingin berusaha menjadi orang yang hebat.=.=

Saya ingin hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya...
Saya ingin istiqamah dalam melakukan sesuatu..
Saya ingin menjadi orang yang paling takut kepada Allah,yang mendorong saya untuk laksanakan kewajipan..
Saya ingin cari ketenangan dalam mencari keredhaanNya..
Saya ingin menjadi unsung hero(hero yang tak disebut namanya) dalam dunia dakwah..
Saya ingin tetap di jalan dakwah sehingga ke hujung nyawa saya...

Adakah harapan saya terlalu tinggi,sahabat?

Tegurlah saya sekiranya jalan kesalahan yang saya lalui,Nasihatilah saya untuk selalu membuat kebaikan,Ingatkanlah saya akan matlamat hidup di dunia,Maafkanlah kesalahan saya,andai perkataan,perbuatan dan tindakan saya mencalarkan perasaan sahabat-sahabat..=.=

Saya 'degil' untuk melawan hawa nafsu malas,
Saya 'degil' untuk membuang masa untuk sesuatu yang bermanfaat,
Saya 'degil' untuk tetap mati di jalan dakwah ini..........................+_+

Thursday 14 April 2011

Thinking "Out Of The Box"


Many hundreds of years ago in a small Italian town, a merchant had the misfortune of owing a large sum of money to the moneylender. The moneylender, who was old and ugly, fancied the merchant's beautiful daughter so he proposed a bargain. He said he would forgo the merchant's debt if he could marry the daughter. Both the merchant and his daughter were horrified by the proposal.

The moneylender told them that he would put a black pebble and a white pebble into an empty bag. The girl would then have to pick one pebble from the bag. If she picked the black pebble, she would become the moneylender's wife and her father's debt would be forgiven. If she picked the white pebble, she need not marry him and her father's debt would still be forgiven. But if she refused to pick a pebble, her father would be thrown into jail.

They were standing on a pebble-strewn path in the merchant's garden. As they talked, the moneylender bent over to pick up two pebbles. As he picked them up, the sharp-eyed girl noticed that he had picked up two black pebbles and put them into the bag. He then asked the girl to pick her pebble from the bag.

What would you have done if you were the girl? If you had to advise her, what would you have told her? Careful analysis would produce three possibilities:
  1. The girl should refuse to take a pebble.
  2. The girl should show that there were two black pebbles in the bag and expose the moneylender as a cheat.
  3. The girl should pick a black pebble and sacrifice herself in order to save her father from his debt and imprisonment.
The above story is used with the hope that it will make us appreciate the difference between lateral and logical thinking.

The girl put her hand into the moneybag and drew out a pebble. Without looking at it, she fumbled and let it fall onto the pebble-strewn path where it immediately became lost among all the other pebbles.

"Oh, how clumsy of me," she said. "But never mind, if you look into the bag for the one that is left, you will be able to tell which pebble I picked."

Since the remaining pebble is black, it must be assumed that she had picked the white one. And since the moneylender dared not admit his dishonesty, the girl changed what seemed an impossible situation into an advantageous one.

MORAL OF THE STORY: Most complex problems do have a solution, sometimes we have to think about them in a different way.

Thursday 24 March 2011

An-nikah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T
Hari ini hari bermakna buat seorang sahabat saya,Puan Naimah. Hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-23.Bagi kami, wanita, hari bermakna ini memang sangat perlu diingati.Memang berbeza sungguh dengan lelaki. Mereka memang ditakdirkan untuk kurang mengingati hari yang bermakna. Well. ‘Men from Mars,Women from Venus’..^_^
Akhir-akhir ini, selalu sangat mendengar perkataan ‘kawen’.Ke mana-mana , perkataan ini x pernah lupa diucapkan dalam sembang-sembang kosong seharian bersama kawan-kawan.Dalam status FB,blog dan macam-macam lagi , perkataan tersebut selalu disebutkan kawan-kawan.Maklumlah, memang dah sampai waktunya.Malah, antara kami pun ramai yang sudah berkahwin dan malah mempunyai anak!
Kadang-kadang saya terfikir, adakah fenomena ini adalah satu igauan yang menjadi bayang dalam kehidupan belajar di Mesir?(macam x patut salahkan tempat belajar.hehe)Teringat pengalaman ketika evakuasi ke Jeddah dahulu. Baru saya tahu, sememangnya memang ramai pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.X terkira banyaknya, sampaikan penat  mata ini tengok banyak sangat baby yang comel .geram!.^_^
Di Jeddah juga, ramai suami isteri yang mencari ‘port’ untuk berjumpa, x kurang juga yang belum ada ikatan, berani menunjukkan belangnya!
Melihat fenomena ramai yang sudah berkahwin ini menyebabkan pelajar yang belum berkahwin mempunyai keinginan untuk berkahwin.Malah, sembang dalam Fb pun , sudah meletakkan cirri-ciri barangan hantaran idaman, walaupun hanya baru tahun 1!
Sabarlah menanti
Tidak salah mempunyai keinginan untuk berkahwin.Ianya adalah lumrah yang Allah jadikan untuk menghalalkan apa yang haram sebelum berkahwin.Ucapan di atas saya tujukan kepada yang mereka yang belum berkahwin.Kerisauan itu membahayakan, keyakinan itu menyelamatkan.Insya Allah, jodoh itu akan tiba juga. Yakinlah, Allah meletakkan waktu yang sesuai, orang yang sesuai, detik jatuh cinta yang sesuai,keadaan hati yang sesuai , persediaan yang sesuai dan sentiasa dalam keredhaanNya.Sabarlah menanti…
Banyak kemungkinan yang boleh kita ambil iktibar mengapa kita belum berkahwin lagi.Antaranya :
Kemungkinan yang amat perlu dititikberatkan adalah mungkin cinta kita terhadap Allah belum sampai satu tahap cinta yang hakiki.Dengan sebab itu, Allah mahu kita memperbaiki cinta kita kepadaNya sebelum cinta beralih kepada makhlukNya!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang meluaskan perkenalan di kalangan sahabat-sahabat kita.Peluang ini mungkin terbatas sekiranya sudah berkahwin.Peluang ini seharusnya dimanfaatkan dengan menghargai setiap sahabat, berdakwah bersamanya,menuntut ilmu bersama-sama, mengajak bertalaqqi bersama syeikh di Mesir kerana keinginan untuk sama-sama masuk ke syurga Allah kelak.          
Mungkin juga Allah nak kita betul-betul menghargai ibu dan ayah kita sebelum kita mementingkan orang lain kelak setelah kita berkahwin.Ibu dan ayah adalah insan terbaik yang Allah hadiahkan kepada kita semenjak kita lahir ke dunia.Kita hendaklah berusaha menolong mereka,mengikut kata mereka,dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.Malah, saya cukup terkilan sekiranya terbaca di dada akhbar mengenai anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa setelah sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.Ya Allah, jauhkan aku daripada golongan seperti itu!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang belajar bersungguh-sungguh  dalam pengajian perubatan,Seperti kita semua sedia maklum, perubatan adalah satu bidang yang bukan mudah.Teringat kata-kata Dr.Muhayyah,”Kamu bukannya harus berusaha bersungguh-sungguh,tetapi WAJIB berusaha bersungguh dalam bidang ini sebab kamu bukannya deal dengan mesin, tetapi manusia!”. Malah, kita juga akan mendapat kemudahan untuk ke syurga sekiranya kita benar-benar menuntut ilmu kerana Allah.  ’ Remember, no mistakes in emergency room!’…(bagaikan pernah terdengar kata-kata ni, tapi di mana ya?..huhu)
Kesimpulan
Saya tujukan post ini kepada mereka yang ingin berkahwin, tetapi belum sampai masanya.Saya bukannya tidak menggalakkan untuk berkahwin, cumanya mengharapkan sahabat-sahabat dapat mengisi masa yang ada dengan sebaiknya sebelum berkahwin.Jangan disebabkan angau sangat nak kahwin, hala tuju hidup ini hampir dilupakan .Bermuhasabahlah daripada kehidupan.
Berkahwinlah kerana dakwah,kerana ianya bermanfaat kepada Islam, bukan kerana nafsu semata..
Allahu Rabbi..=.=

Tuesday 22 March 2011

Keramat sentence

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Perkataan keramat yang saya kira mudah disebut, tetapi sukar untuk mendapatkannya..SABAR..

Sabar menurut Imam al-Suyuti adalah menahan diri terhadap apa-apa yang tidak disukai(musibah).Ia merupakan satu sifat mahmudah yang sentiasa diuji untuk mengenal pasti tahap keimanan seseorang hamba. Ia kerap kali diuji apabila seseorang sedang menghadapi sesuatu musibah dalam kehidupannya.Alangkah indahnya sifat sabar ini kerana ianya menjanjikan ganjaran pahala yang besar apabila kita benar-benar menghayatinya kerana Allah semata-mata.

Sifat sabar seringkali dikaitkan dengan musibah, kerana apabila adanya musibah, kita hendaklah sabar dan redha.Teringat saya kata-kata guru tasawuf yang disegani,Syeikh Rohim. " Sabar itu memenatkan, redha itu merehatkan"

'Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya'.Kata hikmah daripada Ibn Ata'illah ini menegaskan bahawa, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, 'Perumpamaan orang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja!'

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud, ' Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, semua perkara yang terjadi pada dirinya selalu baik untuknya.Kalau mendapatkan kesenangan, dia bersyukur.Maka itu sangat baik untuknya.Dan kalau tertimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya.'

Sabar di atas musibah kematian,
Sabar untuk menang dalam perjuangan,
Sabar merentasi kegagalan,
Sabar mengatasi kemarahan,
Sabar menghadapi celaan manusia,
Sabar dan mujahadah menghadapi godaan nafsu,
Sabar meredahi dugaan hidup yang dilalui,
Sabar menanti jodoh dan rezeki yang belum pasti,
Sabar untuk pandai menulis sesuatu yang berharga.....huhu

Keseluruhan episod hidup kita dipenuhi dengan perkataan keramat ini.Semoga kita semua mendapat sabar yang pertama, iaitu sabar sebelum merungut tentang ujian yang diberi.

"Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya mahupun alam ini sebagai sesuatu yang positif.Mereka sedar semua itu Allah hasilkan untuk mendidik hambaNya sekaligus menyelamatkan mereka daripada api neraka."