Friday 31 December 2010

Apa dah jadi dengan Selangor?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.b.t

Berakhirnya tahun 2010 dengan satu berita yang mengejutkan anak jati Selangor ini.+_+
Jawatan penting dalam negeri diberikan kepada orang yang tidak dikehendaki kerajaan negeri..huh..
Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar di sebalik perlantikan ini..
 
Apa yang pasti, saya memang suka cara Selangor diperintah sekarang.Saya memohon supaya tiada tangan-tangan yang jahat akan menyentuh keamanan negeri ini.

Kita semua hanyalah hamba Allah yang mempunyai banyak tugas untuk memastikan keamanan dunia bukan merosakkannya.Tapi, yang jelas,manusia memang suka merosakkan dunia kerana cintakan dunia,kuasa,harta dan nama.

Allah...

Dunia sudah hampir hendak kiamat,tetapi kenapa manusia masih berfikir bagaimana hendak menjatuhkan antara satu sama lain?Kenapa kita tidak sibuk melakukan amalan kebaikan, malah menambahkan amalan kejahatan?Tidakkah kamu takut pada Allah , Tuhan Pencipta Sekalian alam?

Kerana ada kuasa,kita sanggup membuat yang haram walaupun kita tahu,kita sudah melanggar undang-undang yang dicipta manusia sendiri.Ini adalah perbuatan mungkar!

Bersabarlah,wahai pimpinan Selangor!!Allah sentiasa berada bersama dalam kebenaran..^_^
 

Hormati Kerajaan Negeri

Hormati Kerajaan Negeri yang dipilih rakyat

1. Politik Negeri Selangor kembali menarik perhatian umum berikutan isu perlantikan Khusrin dari JAIS ke jawatan barunya sebagai SUK Negeri Selangor . Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan YAB Menteri Besar akan mohon mengadap Kebawah Duli Sultan untuk membincangkan isu ini , suka saya tegaskan bahawa pandangan Kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah Kerajaan yang stabil.

2. Biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak se"ideologi" dengan Kerajaan pusat , namun kerajaan negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya .

3. Sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana - mana kerajaan negeri yang lain  tidak di"ganggu" apalagi cuba diguling semata - mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan. Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan - kerajaan negeri seperti Selangor , Kedah , Penang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi .

4. Pengumuman KSN dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ianya dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor. [ Jawatan SUK ialah jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ]

5. SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu  Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif. Namun realiti yang berlaku di Selangor , Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontraversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria - ia benar menabalkankan Khusrin sebagai SUK Selangor ?

6. Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan , tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi ? kemana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini ? apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan ?

7. Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional , tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme.  Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik !

8. Saya berharap rundingan YAB Menteri Besar dengan pihak Sultan akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri malah jua demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Yang Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar.

Tuesday 28 December 2010

Dedikasi buat dirinya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dedikasi buat dirinya…^_^











Hari ini, dia dah berusia 18 tahun 1 hari.
Tak sangka dah besar adikku yang sorang nih.
Teringat masa kecil yang sangat best…^_^

Kami agak rapat sewaktu kecil,
Sehinggakan aku memanggil dia ‘adik’ walaupun dia masih mempunyai adik..huhu..
Memang aku suka berleter,
Aku garang di rumah,
Tapi, sebenarnya aku nak yang terbaik untuk semua adikku…=.=

Susah-payah mak dan abah kami membesarkan kami di sebuah rumah kecil,
Kehidupan yang agak sederhana,
Keinginan kami tidak pernah ditolak,
Namun, pendidikan tentang Islam selalu diterapkan,
Ketegasan dalam mendidik menjadikan kami mengenal Allah dan RasulNya,
Kerana mereka bersungguh untuk menjadikan kami anak yang berguna untuk Islam itu sendiri..
Terima kasih ,mak+ abah…!!!

Kini, kami semua sudah besar,
Aku dan dia ditakdirkan untuk belajar di university yang sama, Negara yang sama,
Aku tidak pernah sangka Allah akan mengabulkan permintaanku,
Permintaan untuk dia belajar di sini untuk menemaniku,
Bersama-sama berusaha membina cita-cita,
Bukan sahaja untuk diri sendiri…sudah tentu untuk ibu bapa tersayang dan Islam tercinta..^_^

Dedikasi untuk dirinya…
Jagalah perlakuanmu dan perkataanmu sebagai seorang muslim,
Niatkanlah setiap langkahmu di bumi Anbiya’ untuk mencari redhaNya,
Sedarilah bahawa dirimu mutiara agama,
Berusahalah belajar bersungguh-sungguh kerana Allah dan RasulNya,
Carilah ilmu agama untuk menyucikan hatimu sentiasa,
Jadikanlah  zikir dan membaca Al-Quran sebagai amalan harianmu
Jadikanlah ‘memberi’ itu sebagai erti kamu hidup,
Memberi senyuman,
Memberi sedekah,
Memberi tenaga dan masa untuk Islam,
Memberi pertolongan kepada setiap manusia,
Semoga segalanya dinilai di sisiNya….

Harapanku pada mereka ( adik-beradik),
 Semoga kita menjadi anak terbaik untuk mak dan abah,
Menjadi muslim terbaik yang membawa risalah RasulNya,
Menjadi hamba yang mengingati PenciptaNya setiap masa,
Semoga kita sama –sama berjumpa di Jannah yang kekal abadi…Ameen Ya Rabb.=.=

Maaf dipinta...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat Iman dan Islam, yang memberikan diri kerdil bernafas ,yang masih memberikan nikmat kesihatan kepada hambaNya,yang sentiasa memberi  peluang kepada hambanya untuk bertaubat, yang memberi kesedaran kepada hambaNya tentang hidup ini perlu dimanfaatkan untuk Allah semata-mata serta berbagai nikmat yang lain yang tidak terhitung..=.=

SubhanAllah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Rupa-rupanya  banyak lagi kekhilafan diri ini yang perlu diperbaiki,
Rupa- rupanya lemahnya diri ini dalam menghadapi cabaran hidup ini,
Rupa- rupanya Allah selalu mengingatkan diri ini melalui sahabat-sahabat..

Begitu kompleks Allah menciptakan manusia,
Pelbagai ragam,
Pelbagai kehendak,
Pelbagai perangai,
Pelbagai permintaan….

Aku hanya hamba yang lemah,
Mudah terasa dan tersinggung,
Mudah marah dan kecewa,
Mudah mengeluarkan kata-kata, tetapi selalu lupa ada hati yang terasa,
Mudah alpa ada hati yang lembut diguris…

Kerna karakterku berbeza dengan manusia lain,
Aku mengharap semua orang menerima karakterku dengan seadanya,
Kerana itulah diriku yang sebenar..
Aku tidak mampu meniru karakter orang lain,
Kerana aku yakin, manusia itu diciptakan semuanya berbeza..

SERIBU kemaafan dipinta andai diri ini yang bersalah,
Kerana ku takut Allah jauh daripadaku kerana jauhnya hati manusia kepadaku,
Mohon diterima diri ini seadanya….+_+

Monday 29 November 2010

Diam ada makna~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Saya nak promote satu majalah ni, namenye majalah SOLUSI..
Ia memang sangat sesuai untuk membantu kita menjadi  da'ie terbaik...Insyaallah.
Sesiapa yang berminat, boleh je kalau nak pinjam..datanglah rumah ^_^.

Saya tertarik dengan isu 'Diam Ada Makna' dalam salah satu tajuk solusi , isu:25.

Tetapi, saya nak mengupas tentang diam efektif..

Ianya diam untuk berfikir dan menyusun strategi. Diam seketika untuk memusatkan pemikirannya kepada isu ataupun masalah yang timbul. Kebijaksanaan orang yang bersifat diam-diam ubi berisi ini dapat dilihat melalui kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Dia bertenang seketika sebelum menyambung bicara.

Ia mendatangkan kebaikan,antaranya :

1. Mengambil masa untuk berfikir dahulu sebelum memberi respons
2. Komunikasi yang berkesan
3. Keperibadian yang bijak
4. Mengelakkan diri daripada dosa
5. Menunjukkan kewibawaan
6. Dapat menutup keaiban
7. Mengelakkan ujub dan takbur

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar." ( Al-Ahzab 33:70)

Saya memang terkenal sebagai seorang yang garang o_O.Saya takut, saya melukakan hati orang dengan berkata-kata dengan nada yang tinggi,seakan-akan marah, tapi, saya tidak bermaksud pun sebenarnya...+_+..Tidak senyum dan tidak mesra...Mohon maaf ya...

Dan dah termasuk rejected list pun (kak yana je tahu.huhu)..

Semoga Allah mengurniakan saya kelebihan untuk berkata-kata dengan lemah-lembut tetapi tegas,menyenangkan hati orang lain dan mesra...ameen...ataupun Allah kurnikan saya 'diam efektif ' ini, kerana banyak berkata-kata, banyak juga salahnya..+_+

Tetapi, bukan diam apabila...
1. Hukum Allah dipermainkan
2. Rasulullah dihina
3. Islam dijadikan bahan ketawa
4. Perpecahan umat Islam menjadi isu
5. Fikrah umat Islam semakin lari daripada Islam

" Ya Allah, cita-citaku mendaulatkan Islam di tempat tertinggi, impianku menjadi da'ie yang rabbani,khayalanku membina keluarga yang akan terus menyambung rantai perjuangan Rasulullah, mimpiku untuk menjadi doktor mu'minah,anak solehah, mujahidah yang istiqamah, seterusnya bidadari suami di syurga... Semoga Engkau memakbulkan permintaan hamba yang lemah..."~

Monday 22 November 2010

Pesanan pendek~

Kehendak nafsu alaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai.Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta , lalu kejahatan dilihat baik.Malah, kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai..

Sunday 7 November 2010

Ya Allah, Panjangkan usiaku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini saya ingin mengulas tentang isu ke-24, majalah Solusi : PANJANGKAN USIAKU...
Disebut di dalamnya bahawa terdapat 3 kaedah memanjangkan umur, iaitu :

1. Ditambahkan kuantiti usia : Panjang usia

2. Ditambah kualiti usia : Pahala berganda

3. Membuat amalan yang terus hidup walaupun kita sudah mati : Pahala yang berterusan

Menarik, kan!!

1. Cara-cara nak mendapat panjang usia:
    - Berakhlak dengan akhlak yang mulia
    - Berbuat baik terhadap jiran tetangga ( menghubungkan silaturrahim)

2. Cara-cara nak mendapat kualiti usia dengan pahala berganda:
    - Solat di Makkah dan Madinah
    - Solat berjemaah di masjid
    - Solat sunat di rumah
    - Mengamalkan adab-adab dalam Islam.
    - Bersedekah
    - Menolong orang lain

3. Cara-cara untuk mendapatkan pahala yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia :
    - Berjihad
    - Sedekah jariah
    - Anak yang soleh
    - Mengajar ilmu dan membukukannya.

Ya, saya sangat suka tentang isu majalah Solusi kali ini.^_^

Ya Allah, permudahkan aku dalam segala urusanku, Semoga apa yang ditakdirkan, menjadikan usiaku bermanfaat, penuh dengan amalan yang bisa membawa ke syurgaMu, jangan biarkan aku leka dengan nikmat usiaku, Biarkan pendek, asalkan bermanfaat, Sekiranya panjang umur, semoga ia bukannya tempoh untuk aku mengumpulkan maksiat dan dosa yang akan mendekatkan aku ke nerakaMu....

Jom, manfaatkan usia!!!

Wassalam

Thursday 4 November 2010

Bismillahirrahmanirrahim…
Post saya kali ini ada sedikit kelainan.Kerana apa? Kerana saya ingin berkongsi sesuatu yang saya sanjungi, sayangi dan kasihi selain Allah, Rasul ,keluarga , sahabat handai dan semua yang saya kenali.^_^
DIA lah ibu yang mendidik saya di Ummu Dunya (Mesir) ni selain emak saya yang memang mendidik saya sejak kecil lagi, DIA yang mendewasakan saya, yang menjadikan saya menjadi lebih matang (agaknya kot ), yang sering memberi peluang  kepada saya untuk belajar menjadi manusia, yang memberi semangat ketika saya lemah, yang mengajar saya untuk menjadi orang lebih baik, yang sentiasa memberi peluang kepada saya untuk memberi….
Tadaaaa………….dialah Persatuan PERUBATAN!!!!~


erk..jumpa gamba ni je..Selamat hari Raye Aidiladha plak~


Saya bukannya taksub dengan persatuan, tapi x tahu macam mana nak menyatakan betapa saya saaaaaaaaayaaaaaaang PERUBATAN!!!
Ada ke orang buat macam ni ek?? +_=
Kenapa saya sayang PERUBATAN??? Adakah sebabnya kawan baik saya adalah timbalan presiden?( natrah), ataupun sebab presidennye hensem(kot), ataupun sebab ahli beit saya jadi penolong JAKSI (naimah )??heheh ^_^
PERUBATAN UNTUK SEMUA~
Saya amat berminat dengan tema di atas.ya, Perubatan untuk semua~~. Dengan tema di atas, saya diberi peluang untuk belajar meniarap, merangkak,berjalan dan seterusnya berlari dalam ilmu berpersatuan. Yelah, kat sekolah dulu mmg terlibat dengan persatuan, tapi saya x rasa saya belajar sesuatu tentang persatuan walaupun saya pernah menjadi ajk kecil di bawah persatuan.Entahlah +_+..
Perubatan juga tidak pernah memilih ahlinya.Semua yang mengambil jurusan sains kesihatan diberi peluang untuk menjadi ahli.xde la pulak saya dengar PERUBATAN hanya untuk org yang hebat .TIADA KARAKTER YG SPESIFIK UNTUK MENJADI AHLI. Jom join PERUBATAN!!!
Saya daripada dahulu sehingga sekarang hanya menjadi ahli biasa PERUBATAN.Tetapi, tidak pernah ada perasaan untuk keluar daripada PERUBATAN kerana tidak puas hati ttg gerak kerjanya. Memang terdapat kecacatan dan kesalahan, tetapi ia adalah adat yang perlu dilalui oleh sebuah persatuan yang saya kira sememangnya semakin membesar dan diminati ramai ^_^. Saya terima PERUBATAN seadanya, tetapi saya mmg nampak kemajuan demi kemajuan yang telah tercapai apabila PERUBATAN merentas usianya yang hampir mencecah 7 tahun.Tahniah PERUBATAN!!!
Tema tersebut juga menyebabkan PERUBATAN akan cuba membantu ahli dalam segala sudut yang dikehendaki oleh ahli termasuk tarbiyah, akademik,kebajikan dsb di Mesir ini untuk membentuk seorang doctor daie profesional.Saya kira ahli PERUBATAN memang bertuah, segala aspek yang diperlukan oleh ahli ada dalam PERUBATAN dan PERUBATAN tak pernah kesah kalau ahli x sudi menolong.Tetapi, biasalah manusia , tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada.Pasti ada kritikan dan komen yang kurang membina dibuat yang sebenarnya hanya menambahkan kantung dosa mereka sahaja.Begitu juga wujudnya kumpulan-kumpulan yang cuba mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan komuniti  PERUBATAN secara sengaja  atau tidak sengaja, yang tidak diketahui apa matlamat mereka. “ Hidup kalau x nak menolong, jangan menyusahkan!”
Sahabat PERUBATAN=)
Saya memang kagum dengan seorang sahabat saya ni yang mmg menjadi orang kuat PERUBATAN. Prinsipnya, “Belajar medic mmg nombor first, tapi persatuan bukanlah nombor kedua”. Dia mmg sangat busy, tp dia x pernah lupa nak memberi hak kepada org yang berhak, menuntut ilmu agama, menolong orang , bersosial, belajar ilmu rumahtangga,dsb. Teka la sendiri sape orangnya.( kena mintak belanja nih ^_^). Saya selalu menjadi semangat apabila berdampingan dengan dia.(bertuahnya siapa yang dapat dia=). Selalu diingatkan bahawa ‘dunia ini bukan tempat berehat’…dan Alhamdulillah Allah sentiasa memberi keberkatan masa kepadanya dan dia sentiasa diberikan kemudahan dalam urusan belajar dan kehidupan, walaupun dia selalu kalut dan saya selalu gelakkan dia dan bagi komen kat dia +_+. Tapi dia selalu cuba bersabar  dengan kerenah saya malah pernah berjanji untuk menjadi kawan yang terbaik selagi hayat di kandung badan.=_=.eh..sentimental jap~
Ape pun , itu sahaja cerita yang saya ingin kongsikan.
Kemaafan dipinta andai ada kesalahan dalam tutur bicara dan perbuatan~
Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam…
Orang yang hebat lahir daripada akal yang sihat, jiwa yang kental, keimanan dan ketaqwaan yang tinggi di sisi Allah~
Allahu Rabbi
Wassalam.

Sunday 31 October 2010

Ya Allah, selamatkan negara kami!

-Foto ihsan Malaysiakini.Com “If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of [...]
-Foto ihsan Malaysiakini.Com

"  Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemukakan satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi di kalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.

   Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [ kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun ] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang . Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.

 
    Melalui ETP pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan , iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat - pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini ."
Saya amat terkejut apabila saya membaca kenyataan ini. Allah! apa dah jadi kpd negara Malaysia terchenta?

Bajet yang dibentangkan seolah-olah kelihatan berat sebelah.RM 111 juta untuk PERMATA dan RM95 juta untuk sekolah agama rakyat (SAR)? Adakah negara kini sibuk menghabiskan duit yang banyak untuk kesenangan sesetengah pihak tanpa memikirkan pembangunan modal insan akan datang?

Akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang pelik.Saya dapat rasakan bahawa negara kita semakin tenat. Berita kekurangan pelaburan luar,duit negara yang semakin sedikit, ekonomi negara yang tidak menentu, duit yang ada adalah kebanyakannya daripada sumber yang haram, keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi yang semakin menjadi-jadi,kes jenayah yang meningkat...

Akhirnya rakyat yang menderita , tidak mendapat keuntungan daripada bajet yang disediakan dan dilihat masalah keruntuhan akhlak tidak berkurang. Malah, ada peruntukan disediakan untuk anak-anak muda ini untuk terus membuat maksiat!!! Allahu Akbar!

Di mana slogan, "Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan?"

Saya sayangkan Malaysia, Ya Allah!!!

Apa yang saya nampak ialah kita semua perlu kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah.Rasulullah sendiri pernah bersabda, "Berpegang teguh lah kamu dengan Al-Quran dan As-sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.."

Pemimpin yang memerintah mengikut acuan Rasulullah,
Pemimpin yang mengingati dan yakin dengan adanya Hari Akhirat,
Pemimpin yang amanah dgn tggjwb yang terpikul,
Rakyat yang berusaha memahami agama,
Rakyat yang benci kepada maksiat,
Rakyat yang mengharapkan semua saudara seislamnya masuk ke dalam syurga...

Sungguh indah sekiranya manusia kembali kepada Islam dan dapat menggembirakan hati Rasulullah..^_^

"Ya Allah, berikanlah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara seislam kami, kerana Engkau sahaja berkuasa untuk membolak-balikkan hati-hati kami, dan hanya Engkau sahaja berkuasa mengatur apa yang terbaik untuk kami...Berikan kami petunjuk, Allah!!!!" =_=

Wsalam

Sunday 24 October 2010

Aku cinta nabi

Salam Mujahadah.

Segala puji bagi tuhan sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W.Sungguh umatmu ini meriduimu.=_=
Ya Rasulullah,
Diri ini lemah,
Banyak dosa yg umatmu ini lakukan,
Aku inginkan nasihatmu,
Aku ingin mendengar suaramu menitipkan untuk mengingati Allah,
Aku ingin duduk bersamamu mendengar ilmu-ilmu dicurahkan,
Aku ingin berjihad bersamamu menentang musuh-musuh Islam,
Aku ingin bersama-samamu untuk menyebarkan Islam
Aku ingin melindungimu bila dirimu dihina dan dibaling najis,
Aku ingin menjadi orang kedua membenarkan kata-katamu selepas Abu Bakar,
Aku ingin menjadi perisaimu seperti Umar Al-Khattab dan Hamzah…
Aku ingin….

Aku ingin untuk bertemu denganmu,Ya Rasulullah..=S

Kini Islam memang agama yang dianuti manusia hampir seluruh dunia,
Tanpa usahamu di satu ketika dahulu , aku tidak pasti apa yang terjadi padaku,

Ya,
Baginda berjaya membawa risalah yang diamanahkan oleh Tuhan Pencipta,
Islam memang telah dijaga oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa,
Sehingga manusia tidak berasa hilangnya arah untuk hidup di dunia,

Tetapi,
Cabaran akhir zaman betul-betul menguji  diri yang lemah,
Keruntuhan akhlak berlaku di mana-mana,
Maksiat dibuat bagai tiada Tuhan Yang Maha Melihat,
Penyelewengan amanah berlaku di kalangan pemimpin,
Harta dan pangkat menjadi tumpuan utama,
Hati dan jiwa khalifah di dunia semakin melupakan PenciptaNya,
Malah mereka berani untuk menghina kekasihNya…..

Namamu ditulis pada pakaian yang tidak menutup aurat,
Kononnya kerana ianya diperagakan dalam Islamic Fashion Festival…+_+

Ya Rasulullah,
Aku tahu,
Kau langsung tidak pernah mengajar umatmu untuk membuka aurat,
Malah,Engkau mengajar kami untuk melabuhkan pakaian kami,
Kau langsung tidak mengajak kami  untuk meletakkan harta sebagai  tujuan hidup,
Tetapi,Kau mengajak kami untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah,
Kau mengajar supaya pemimpin perlulah amanah dan bertanggungjawab,
Tetapi umat kini bagaikan tidak pernah mendengar ajaranmu,
Bahkan umatmu ini seringkali tidak mengamalkan ajaranmu…

Aku malu kerana aku hidup sezaman dengan mereka,
Mereka yang mengaku Islam tetapi hanya mengamalkan ajaran Islam separuh..

Pasti ada hikmahnya Tuhan pencipta mencipta manusia akhir zaman kini,
Kerana ingin menguji siapa yang akan bangun untuk menggalas risalah Baginda,
Kerana ingin melihat siapa yang terus mengamalkan ajaran baginda,
Kerana ingin melihat siapa yang memang menjadikan matlamat hidup hanya keranaNya.
Kerana ingin melihat siapa yang memang berusaha untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi,
Kerana ingin melihat siapa yang betul-betul redha Allah sebagai Tuhannya,Islam sebagai agamanya, Rasulullah sebagai nabinya,
Kerana ingin melihat siapa yang benar-benar merindui Allah dan RasulNya…=_=

Rasulullah tidak pernah lupa kepada umatnya,
Adakah kita wajar melupakan malah menghina Rasulullah?

Fikir-fikirkanlah sejenak dan bertindaklah sebelum nyawa sampai ke penghujung…~

Wsalam

Tuesday 19 October 2010

~ Kerana Gen 6 di hati... ~

 

.
Assalamualaikum wbt....

Segala puji bagi Tuhan Semesta alam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, semoga dengan limpah kurniaNya, kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, ameen.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas, telah pun berlangsung Jamuan dan Mesyuarat Agung GEN6 (JAM6). Tahniah kpd ajk pelaksana program yg bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Sungguh ,program berjalan lancar dan yg paling penting ,kerinduan terubat jua.^_^.

Sepanjang pemerhatian saya dalam mesyuarat agung yang julung-julung kalinya diadakan oleh GEN6, saya berminat dengan agenda kedua dalam mesyuarat iaitu" Memberikan perhatian kepada pelajar yang menjalani ‘repeat paper’ dan ‘repeat year’ ". Apabila mengimbas kembali hujah yang sahabat-sahabat lontarkan, saya memang berbesar hati dan bersyukur kerana ada di antara sahabat yang peka terhadap isu ini.

Di dalam perbincangan, banyak muhasabah dan cadangan telah dilontarkan dan saya percaya memang sahabat ikhwah dan akhawat bersungguh-sungguh untuk membantu. Tetapi, masih lagi timbul persoalan dalam diri segelintir orang, " macam mana ye nak tolong diorg nih?" ," macam mana nak tolong, takut terlepas cakap, takut diorg terasa" ," aku x pandai nak mengajar orang,camne nak buat?". "camne nak tolong sbb aku x faham situasi diorg sbb aku sendiri x pernah repeat year@dur thani".

Persoalan-persoalan di atas pasti timbul dan kadang-kadang kita terlupa dan terus melupakannya kerana malas memikirkannya dan lebih baik menumpukan perhatian dalam akademik diri sendiri.huh =_=

Sahabat,
Dalam kita mengejar impian dalam menuntut ilmu,tanpa disedari , pasti ada ujian yang kita semua hadapi. ujian kejayaan dan kegagalan adalah lumrah bagi manusia yg bergelar penuntut ilmu. Ya, kita x pernah gagal sebelum ini,Alhamdulillah..tapi sahabat-sahabat,ujian bagi setiap manusia adalah berlainan mengikut tahap keimanan seseorang hamba, mungkin sahabat-sahabat tidak diuji lagi dgn kegagalan, tetapi untuk masa akan datang,Allah sahaja yg tahu.Yang pasti, Allah ada menyediakan ujian bagi setiap manusia, tetapi berlainan bentuk ,keadaan dan masanya. 

Apa yang penting, kita kena selalu ingat, Allah itu Maha Berkuasa,penting untuk kita selalu bertawakkal dan berserah kepadaNya, jgn sombong, jgn takabbur terhadap nikmat kurniaanNya. Kita hendaklah menjadikan ujian kejayaan ini adalah satu tanda kasih sayang Allah untuk selalu ingat kepadaNya, bukan semakin menjauhiNya.

"Kefahaman kita tentang ujian dan musibah akan teruji apabila kita sendiri mengalaminya..." 

Selagi kita tidak memahami lumrah kehidupan menurut pandangan Islam, kita tidak akan menghadapi ujian dengan baik. Sehinggakan ada sesetengah orang yang sanggup untuk menamatkan riwayat hidup kerana tidak boleh menerima ujian Allah.Oleh itu, kita tidak boleh memandang rendah kepada mereka yang ditimpa ujian tetapi kita semua perlu sedar ianya daripada Allah dan kita hendaklah sentiasa berdoa semoga apabila Allah menimpakan suatu ujian kepada kita, kita sudah bersedia dan kita tidak terpesong daripada kefahaman mengenai akidah dan tauhid sebagai seorang hamba kepada Rabbnya.

Sokongan dan perhatian adalah perkara yang paling utama yang diperlukan oleh orang yang menghadapi musibah.

Apa yang saya maksudkan di sini, untuk konteks pelajar dur thani dan repeat year, bantuan amat diperlukan apabila menghadapi situasi tersebut. Bantuan yang dimaksudkan adalah sokongan moral tidak berbelah bahagi daripada sudut akademik mahupun kebajikan.Apa yang saya nampak ialah,sokongan amat diperlukan semasa menghadapi exam, di mana tiada sahabat-sahabat yang berada di Mesir untuk membantu pada waktu summer, walaupun ada tetapi sibuk dengan urusan dan target masing-masing.

Menurut pengalaman yang sedikit, apabila menghadapi exam dur thani, tekanan adalah bertambah disebabkan beberapa faktor( last chance tuk naik tahun, x dpt capai target untuk summer,tiada sokongan kebajikan, tiada sahabat yg membantu mengingatkan dan membantu dlm pelajaran).Tekanan yang dihadapi berlainan daripada tekanan yang dihadapi semasa final exam.

Oleh itu, sahabat-sahabat,mari kita mengkoreksi diri, apakah kita benar-benar KELUARGA GEN6? Di waktu gembira seperti perkahwinan dan sambutan hari lahir,kita dapati kita ada ramai sahabat untuk meraikannya, tetapi di waktu susah,tiba-tiba kita keseorangan dalam menghadapi kesusahan itu.Tiada mesej kata semangat, tiada bantuan kebajikan, tidak bertanya khabar berita, malah kita sedang bersuka ria bersama orang yang tersayang dan melakukan target kita dalam hidup dengan baik.Tiba-tiba, istilah keluarga itu seolah-olah hilang ketika sahabat dalam kesusahan.=_=

Saya akui kita semua hanya manusia biasa.Kadang-kadang kita tidak mampu untuk membantu sahabat dek kerana kekurangan diri sendiri, tetapi sahabat,jangan kita menyesal di kemudian hari apabila Allah bertanya apa yang kita telah buat untuk saudara kita, bukan sahaja untuk ummah sedunia, tetapi saudara seislam yang paling dekat dengan kita.Biar kita lakukan sedikit,walaupun hanya memberi mesej mengandungi motivasi dan bertanya khabar, memasak untuk sahabat ketika exam,mengingatkan untuk study, tetapi ia sebenarnya amat membantu dan apa yang paling penting,ianya ada nilaian di sisi Allah S.W.T.Tidakkah sahabat-sahabat terngiur untuk mendapat pahala yang akan membawa ke syurga Allah di akhirat kelak?
Sokongan juga diperlukan bagi mereka yang sibuk dengan persatuan

Tahun ini, ditakdirkan bahawa, presiden dan timb presiden adalah di kalangan GEN6.Kita sepatutnya memberi bantuan kebajikan dari segi menjimatkan masa mereka dalam aktiviti seharian seperti membasuh baju,memasak dsb.Tetapi mereka tidak menuntut semua itu, tetapi penting untuk kita menyedari bahawa mereka memerlukan kita.Walaupun kita tidak menolong mereka dalam persatuan , kita hendaklah menyokong mereka, bukan memberi kritikan yang akan menyusahkan mereka.Kata-kata orang tua," Kalau hidup x nak menolong, jangan menyusahkan"=_+

Kepentingan memikirkan mengenai orang lain sangat dituntut oleh Allah dan RasulNya.Mementingkan diri sendiri adalah baik, supaya kita tidak kecewa nanti, tetapi alangkah baiknya sekiranya kita mengajak sahabat-sahabat lain untuk merealisasikan matlamat bersama,kerana kita hendak berjaya bersama di dunia dan di akhirat.Yang paling penting adalah kejayaan akhirat, iaitu menuju syurga Allah.

Kita semua adalah doktor di dunia,cuma sebahagian daripada kita terlambat, tetapi ingatlah pesan arwah Ammar," jadilah seperti anak-anak akhirat yang melihat dunia melalui jendela akhirat...".Jangan kita menyesal di akhirat kelak kerana tidak menyedari kesalahan yang dilakukan di dunia.
"Sebagai makhluk bersosial, hidup saling bergantung antara satu sama lain dan tolong-menolong adalah lumrah kehidupan. Buktikan kita manusia yang bersifat kemanusiaan." -ketua batch GEN6-


" Kita hendaklah sentiasa tolong orang,kita kena selalu menziarahi orang meninggal dunia dan cuba menguruskannya untuk mengingatkan kita kepada mati dan ia merupakan tuntutan muslim kepada muslim lain,,,dan sebab lainnya, semoga Allah mengurniakan bantuan orang yang ramai dalam menguruskan jenazah kita kelak...yelah, takkan kita nak kafan diri sendiri dan masuk lubang kubur sendiri? -ayah saya-

"Seorang doktor akan bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin.Kemahiran bermasyarakat adalah sangat penting untuk memudahkan urusan kerja dan bermuamalah dengan pesakit di samping menunaikan kewajipan sesama muslim untuk meraih keredhaanNya. Walaupun sudah disibukkan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, tidak bermaksud dia tidak bertanggungjawab kepada saudara seislamnya." -saya-

Hari ini, saya bertekad untuk berkongsi rasa dengan sahabat sekalian, kerana cukuplah saya seorang menyesal sebelum ini kerana kurang prihatin, tetapi masih tidak terlambat lagi untuk berubah kan?^_^

Fikir-fikirkan dan bertindak sebelum nyawa kita berada di penghujung....=_=

Seribu kemaafan dipinta sekiranya terkasar bahasa dan mengguris hati.

Wallahua'lam

Sunday 17 October 2010

Jangan Ditangisi apa yang bukan milikmu~


Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, 
pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akanmungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allahterhadap dirinya.

Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan 
tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: 
“Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan 
firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216) 

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai 
hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!
Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah 
yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Ameen Ya RABBal 'Alameen.

Saturday 16 October 2010

Kalam Pembuka Bicara

Alhamdulillah..
Subhanallah..
Allahu Akbar..

Itu shj yg mampu terucap apabila sesuatu yang diidam-idamkan dapat dilakukan walaupun sebenarya agak terlambat untuk menulis blog.Malah perkataan 'BLOG' pun, saya kenal slps dtg ke Mesir.huhu.Betapa saya tidak mengikuti arus perkembangan dunia..+_+.

Ape pun, sbnrnya sblm ni saya penah buat blog, tp, lupa pulak ape passwordnye.=0.Pastu, bila dah lupa, x rajin pula nak menulis dek kesibukan sbg seorg pelajar medic.fuhh..banyak btul cabaran nak buat blog.tp, nak katenye, klu nak seribu daya ,tak hedak seribu dalih,kan? Semoga permulaan yg simple membuahkan kesungguhan untuk merealisasikan keinginan untuk memberi. Semoga Allah memberi kekuatan yang tidak berbelah bahagi..Ameeen , Ya Rabb.

Thank You, Syukan, Aligato dan Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang menggalakkan saya untuk mula menulis.=)( kredit to ahli beit,natrah n K.Yana ). Semoga sedikit amal ini boleh menjadi pemberat mizan di akhirat kelak,InsyaAllah..

Teringat satu kata-kata ni ~" Ilmu banyak belum tentu menjamin masa depan yang cerah dari sisi manfaat, andai tidak terlorong keikhlasan dalam memberi"..

Allahu a'lam

Wsalam