Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

Saya nak pilihanraya yang B****H!

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang menawarkan pelbagai ganjaran untuk bulan Ramadhan yang mulia,selawat serta salam buat Rasulullah,kekasih yang dirindui selalu.

Tamatnya musim peperiksaan menandakan bermulanya cuti musim panas di Mesir.Alhamdulillah,Allah masih memberi kita peluang untuk merasai kemanisan bulan Ramadhan dan meraih sebanyak mungkin pahala sebagai ganjaran ibadah yang dilakukan hanya kerana Dia.

Saya ingin menceritakan satu peristiwa penting sepanjang fatrah imtihan  iaitu perhimpunan BERSIH 2.0.BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak sesetengah pihak kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

 Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :

Mereformasikan undi pos
Penggunaan Dakwat Kekal
Masa kempen minima 21 hari
Akses media yang bebas dan adil
Kukuhkan Institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor

Ada juga sesetengah daripada sahabat saya mengatakan BERSIH adalah mainan golongan bukan Islam kepada golongan Islam kerana diketuai oleh orang bukan Islam iaitu AMBIGA.Tetapi,sahabat saya lupa,perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat yang sudah lama menginginkan keadilan dalam pilihanraya dan ingin menyingkirkan pemerintah yang tidak telus dalam perkhidmatannya dalam mengurus negara,dan  ketua yang dilantik adalah Ambiga,seorang yang bukan Islam.

Namun,saya berminat untuk berkongsi satu analogi. Pak Mat berjiran dengan Ah Seng dan Muthu.Pada suatu hari,rumah Pak Mat dimasuki pencuri pada waktu malam dan Pak Mat menjerit meminta tolong.Lalu,terbangunlah kedua-dua jiran Pak Mat kerana kekecohan tersebut.

Ah Seng : Apa bising2 ni pak mat?aiya…
Pak Mat : Habis barang-barang saya dicuri….Tolong tangkap pencuri tu….!
Muthu    : Macam ni la..saya kejar pencuri ni kat kawan sebelah kanan,Ah Seng cari di kawasan
                 sebelah kiri,Pak Mat cari di kawasan depan ni..ok? Klu dapat tangkap,kita menjerit panggil
                 satu sama lain..
Pak Mat dan Ah Seng : OK!!!

Akhirnya mereka dapat menangkap pencuri tersebut atas kerjasama yang padu.Begitulah juga di Malaysia.Walaupun berbeza agama,tetapi masyarakat kini sedar bahawa mereka ditipu oleh pemerintah yang telah menggunakan wang negara sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan sendiri serta mereka juga sedar bahawa pilihanraya negara tidak telus dek kehadiran pengundi hantu di merata tempat , dan mereka bekerjasama untuk menangkap ‘pencuri’ tersebut.

Apa pun,masyarakat telah dibuka matanya terhadap segala tindakan yang tidak jujur oleh pemerintah.Namun,ada segolongan sahabat saya yang mengaku mereka mendokong jemaah tetapi membutakan mata hati untuk terlibat dalam masalah besar yang melanda negara kini.Ini kerana mereka menyatakan ada cara lain untuk menegur pemerintah tetapi mereka tidak sedikit pun berganjak untuk menegur pemerintah.

Semoga Allah member hidayah kepada kita semua~

Allahu Rabbi

Tuesday, 3 May 2011

Osama bin Laden sudah meninggal?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah wa solatu wassalam 'ala Rasulillah..

Terkejut benar saya apabila mendengar berita kematian Osama.Dia yang dianggap terrorist oleh Amerika Syarikat kerana kononnya terlibat dengan peristiwa 11 September 2001.sejak kejadian 11 September itulah , orang Islam sering digelar terrorist walaupun kebenaran bahawa hanya agama Islam yang benar di atas muka bumi ini sudah diketahui Barat.

Tetapi apabila melihat foto yang ditayangkan,rupa-rupanya hanyalah gambar edit semata-mata.Saya masih tidak pasti sama ada Osama sudah meninggal dunia atau belum.Saya masih mengkaji kenapa AS sibuk menyatakan berita tersebut.Mungkin mereka sudah tiada isu sensasi untuk menarik perhatian dunia.=.+

Teringat saya akan perbualan saya bersama abah ketika saya di tingkatan dua di mana ancaman ke atas orang Islam semakin meruncing berikutan Peristiwa 11 September itu.

Saya:" Abah,kalau Osama datang Malaysia,jom kita ajak dia duduk rumah kita,kita sembunyikan dia,dia
          bukan bersalah pun.ummi tahu.."
Abah :" Boleh...memang dia tak bersalah pun, cuma AS sibuk cari siapa yang nak dijadikan dalang peristiwa
           11 sept tu je.. 

Apabila teringat balik perbualan tersebut, saya tersenyum sendirian.Tersenyum kerana abah sering melayan idea mentah daripada saya tanpa memikirkan akibat yang akan kami tempuh kerana menyembunyikan orang yang dituduh penjenayah.Abah rajin menceritakan isu semasa kepada saya.Abah memang seorang tokoh dalam keluarga yang paling saya kagumi.Dia memang banyak pengetahuan mengenai isu semasa.Pengorbanan,pengetahuan dan sikap suka menolong yang ditonjolkan menjadikan saya begitu menyanjungi abah.Pernah terfikir,"nak cari suami yang baik macam abah la!"..huhu..

Jom ikuti ucapan Tuan Guru Nik Aziz berkenaan isu ini..

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.


Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.


Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin?


Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.


Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan, 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M