Sunday 24 October 2010

Aku cinta nabi

Salam Mujahadah.

Segala puji bagi tuhan sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W.Sungguh umatmu ini meriduimu.=_=
Ya Rasulullah,
Diri ini lemah,
Banyak dosa yg umatmu ini lakukan,
Aku inginkan nasihatmu,
Aku ingin mendengar suaramu menitipkan untuk mengingati Allah,
Aku ingin duduk bersamamu mendengar ilmu-ilmu dicurahkan,
Aku ingin berjihad bersamamu menentang musuh-musuh Islam,
Aku ingin bersama-samamu untuk menyebarkan Islam
Aku ingin melindungimu bila dirimu dihina dan dibaling najis,
Aku ingin menjadi orang kedua membenarkan kata-katamu selepas Abu Bakar,
Aku ingin menjadi perisaimu seperti Umar Al-Khattab dan Hamzah…
Aku ingin….

Aku ingin untuk bertemu denganmu,Ya Rasulullah..=S

Kini Islam memang agama yang dianuti manusia hampir seluruh dunia,
Tanpa usahamu di satu ketika dahulu , aku tidak pasti apa yang terjadi padaku,

Ya,
Baginda berjaya membawa risalah yang diamanahkan oleh Tuhan Pencipta,
Islam memang telah dijaga oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa,
Sehingga manusia tidak berasa hilangnya arah untuk hidup di dunia,

Tetapi,
Cabaran akhir zaman betul-betul menguji  diri yang lemah,
Keruntuhan akhlak berlaku di mana-mana,
Maksiat dibuat bagai tiada Tuhan Yang Maha Melihat,
Penyelewengan amanah berlaku di kalangan pemimpin,
Harta dan pangkat menjadi tumpuan utama,
Hati dan jiwa khalifah di dunia semakin melupakan PenciptaNya,
Malah mereka berani untuk menghina kekasihNya…..

Namamu ditulis pada pakaian yang tidak menutup aurat,
Kononnya kerana ianya diperagakan dalam Islamic Fashion Festival…+_+

Ya Rasulullah,
Aku tahu,
Kau langsung tidak pernah mengajar umatmu untuk membuka aurat,
Malah,Engkau mengajar kami untuk melabuhkan pakaian kami,
Kau langsung tidak mengajak kami  untuk meletakkan harta sebagai  tujuan hidup,
Tetapi,Kau mengajak kami untuk berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah,
Kau mengajar supaya pemimpin perlulah amanah dan bertanggungjawab,
Tetapi umat kini bagaikan tidak pernah mendengar ajaranmu,
Bahkan umatmu ini seringkali tidak mengamalkan ajaranmu…

Aku malu kerana aku hidup sezaman dengan mereka,
Mereka yang mengaku Islam tetapi hanya mengamalkan ajaran Islam separuh..

Pasti ada hikmahnya Tuhan pencipta mencipta manusia akhir zaman kini,
Kerana ingin menguji siapa yang akan bangun untuk menggalas risalah Baginda,
Kerana ingin melihat siapa yang terus mengamalkan ajaran baginda,
Kerana ingin melihat siapa yang memang menjadikan matlamat hidup hanya keranaNya.
Kerana ingin melihat siapa yang memang berusaha untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi,
Kerana ingin melihat siapa yang betul-betul redha Allah sebagai Tuhannya,Islam sebagai agamanya, Rasulullah sebagai nabinya,
Kerana ingin melihat siapa yang benar-benar merindui Allah dan RasulNya…=_=

Rasulullah tidak pernah lupa kepada umatnya,
Adakah kita wajar melupakan malah menghina Rasulullah?

Fikir-fikirkanlah sejenak dan bertindaklah sebelum nyawa sampai ke penghujung…~

Wsalam

No comments:

Post a Comment