Tuesday 22 March 2011

Keramat sentence

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Perkataan keramat yang saya kira mudah disebut, tetapi sukar untuk mendapatkannya..SABAR..

Sabar menurut Imam al-Suyuti adalah menahan diri terhadap apa-apa yang tidak disukai(musibah).Ia merupakan satu sifat mahmudah yang sentiasa diuji untuk mengenal pasti tahap keimanan seseorang hamba. Ia kerap kali diuji apabila seseorang sedang menghadapi sesuatu musibah dalam kehidupannya.Alangkah indahnya sifat sabar ini kerana ianya menjanjikan ganjaran pahala yang besar apabila kita benar-benar menghayatinya kerana Allah semata-mata.

Sifat sabar seringkali dikaitkan dengan musibah, kerana apabila adanya musibah, kita hendaklah sabar dan redha.Teringat saya kata-kata guru tasawuf yang disegani,Syeikh Rohim. " Sabar itu memenatkan, redha itu merehatkan"

'Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya'.Kata hikmah daripada Ibn Ata'illah ini menegaskan bahawa, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, 'Perumpamaan orang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja!'

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud, ' Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, semua perkara yang terjadi pada dirinya selalu baik untuknya.Kalau mendapatkan kesenangan, dia bersyukur.Maka itu sangat baik untuknya.Dan kalau tertimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya.'

Sabar di atas musibah kematian,
Sabar untuk menang dalam perjuangan,
Sabar merentasi kegagalan,
Sabar mengatasi kemarahan,
Sabar menghadapi celaan manusia,
Sabar dan mujahadah menghadapi godaan nafsu,
Sabar meredahi dugaan hidup yang dilalui,
Sabar menanti jodoh dan rezeki yang belum pasti,
Sabar untuk pandai menulis sesuatu yang berharga.....huhu

Keseluruhan episod hidup kita dipenuhi dengan perkataan keramat ini.Semoga kita semua mendapat sabar yang pertama, iaitu sabar sebelum merungut tentang ujian yang diberi.

"Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya mahupun alam ini sebagai sesuatu yang positif.Mereka sedar semua itu Allah hasilkan untuk mendidik hambaNya sekaligus menyelamatkan mereka daripada api neraka."

 

No comments:

Post a Comment