Tuesday 15 March 2011

SPIES vs BTN

Bismillah wa  Alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tidak menulis pendapat tentang sesuatu.huhu. Rehat selama sebulan di Malaysia tidak pernah lekang dengan pengetahuan yang baru.Seronok!

SPIES

Program motivasi yang diadakan anjuran negeri Selangor ini banyak menguji dan mengisi minda ini.Walaupun diadakan pada waktu penghujung cuti, saya benar-benar terhibur dengan pengisian yang diadakan.Tidak sangka sekali lagi akan menjadi PESERTA program sebegini.^_^

S-----Spiritual
P-----Physical
I------Intelectual
E-----Emotional
S-----Social

Inilah 5 elemen yang perlu diseimbangkan untuk menjadi anggota masyarakat yang berkebolehan dan berjaya dunia dan akhirat.Saya sangat kagum bagaimana program ini dapat difikirkan oleh exco Pendidikan kerajaan negeri Selangor yang ingin membangunkan masyarakat agar terbentuk satu tenaga manusia yang berguna dan bebas jenayah.

Kami disaji dangan pelbagai pengisian.Antara pengisiannya ialah tentang 'Brain Mapping' yang disampaikan oleh seorang Dr. yang saya kira dia tidak pernah jemu untuk belajar dan saya kira dia sememangnya layak untuk bercakap mengenai tajuk ini.Kami diajar untuk sentiasa berfikir positif untuk segala kemungkinan yang datang.Dia sering memberi kata-kata semangat yang mampu membakar semangat yang tersimpan dalam diri kami.

Selain itu,aktiviti 'Ansar dan Muhajirin' juga terpahat dalam memori kami sehingga hari ini.Walaupun saya mempunyai kenangan pahit sewaktu aktiviti ini dijalankan, banyak pengajaran yang saya dapat ambil daripada aktiviti ini.Sebahagian daripada kami yang ditutup matanya (Muhajirin) dibimbing oleh mereka yang celik (Ansar) untuk merentasi halangan yang disediakan.Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menjadi muhajirin.Kami juga disuapkan makanan untuk makan malam.Pada waktu inilah saya amat terasa kehilangan satu nikmat yang paling besar iaitu nikmat MELIHAT.Betapa sukarnya dan terasa gelapnya dunia bila mata ditutup.Oleh itu, marilah kita menghargai segala nikmat kurniaan Allah sebagai tanda syukur kita kepada pemberian yang tidak ternilai itu.

Trainer MANTOP Training& Consultancy memang wajar untuk mendapat 'thumbs up' daripada kami. Kami diajar untuk menghargai kasih sayang,mengingati Allah dalam setiap masa, mengutamakan kerjasama untuk membangunkan sesebuah organisasi dan banyak lagi nilai positif.

Walaupun pada asalnya niat untuk datang ke program ini untuk mendapatkan tiket, tetapi kami diperingatkan untuk memperbaharui niat supaya tidak sia-sia dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.


~ Hiasan semata-mata ~

BTN

Kami dipaksa untuk datang ke program ini.Tetapi setelah diingatkan oleh kawan tentang 'brain mapping',akhirnya akur jua untuk datang ke program ini.Semoga amalan saya diterima sepanjang menghadiri kursus ini.+_+

Kami dibentangkan tentang polis cawangan khas iaitu SB.Pada mulanya saya tidak faham kaitan SB dengan BTN.Rupa-rupanya ,kami didedahkan ttg SB supaya kami tidak berani untuk menjadi pengancam kepada negara.Begitukah???  @_@

Setahu saya, BTN adalah satu program untuk menanamkan semangat cintakan tanah air. Tetapi, program kali ini ialah BINA NEGARA KHAS....untuk memperkenalkan gagasan 1 Malaysia yang sampai sekarang saya kurang faham apa yang ingin disampaikan , malah saya pun tidak mahu cuba untuk faham.+_+

1 Malaysia dibuat untuk menyatupadukan semua penduduk yang berbilang kaum di negara ini.Namun, apabila diterangkan, banyak menjuruskan untuk mempertahankan Melayu dan menindas kaum lain.Saya perasan yang kebanyakan ceramah seolah-olah mengatakan India adalah kaum yang ganas (melalui penerangan mengenai HINDRAF) dan kaum cina berjaya menguasai ekonomi negara dan mereka seolah-olah tidak berhak untuk duduk di negara ini.Jadi, apa maksud 1 Malaysia sebenarnya??? @_@

Tapi, kami diberi kebebasan untuk menerima atau menolak hujah yang diberikan.Nak menolak boleh?=P

Tak mengapa.Mari buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Pengalaman yang paling seronok adalah aktiviti 'Turun Dinding' dan membuat istana pasir di pantai.Pengisian yang paling seronok ialah pengenalan identiti yang disampaikan oleh unit psikology,JPA.

Namun, hanya sedikit penghayatan mengenai Islam diletakkan dalam pengisian btn +_+

Kesimpulan

Saya menyeru agar kita semua berfikir kembali fakta dan pengisian yang disampaikan.Kita adalah golongan terpelajar,bukan menerima bulat-bulat dan terus simpan dalam kotak pemikiran.Kita seharusnya perlu berfikir apakah kebenaran yang kita perlu terima dengan mengkaji segala sumber yang benar bukan menerima segala kajian fakta yang menjurus ke atas tujuan tertentu.

Kita perlu sedar bahawa Islam sahaja akan menyatupadukan semua dan menyelesaikan segala masalah yang ada di muka bumi ini.

Teringat komen sesorang ttg kedua-dua program.
" SPIES banyak promote apa yang pembangkang buat, kalau BTN banyak promote apa yang kerajaan buat, tapi semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing...."- Saya kira ini adalah komen 'selamat'

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment