Thursday 24 March 2011

An-nikah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T
Hari ini hari bermakna buat seorang sahabat saya,Puan Naimah. Hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-23.Bagi kami, wanita, hari bermakna ini memang sangat perlu diingati.Memang berbeza sungguh dengan lelaki. Mereka memang ditakdirkan untuk kurang mengingati hari yang bermakna. Well. ‘Men from Mars,Women from Venus’..^_^
Akhir-akhir ini, selalu sangat mendengar perkataan ‘kawen’.Ke mana-mana , perkataan ini x pernah lupa diucapkan dalam sembang-sembang kosong seharian bersama kawan-kawan.Dalam status FB,blog dan macam-macam lagi , perkataan tersebut selalu disebutkan kawan-kawan.Maklumlah, memang dah sampai waktunya.Malah, antara kami pun ramai yang sudah berkahwin dan malah mempunyai anak!
Kadang-kadang saya terfikir, adakah fenomena ini adalah satu igauan yang menjadi bayang dalam kehidupan belajar di Mesir?(macam x patut salahkan tempat belajar.hehe)Teringat pengalaman ketika evakuasi ke Jeddah dahulu. Baru saya tahu, sememangnya memang ramai pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.X terkira banyaknya, sampaikan penat  mata ini tengok banyak sangat baby yang comel .geram!.^_^
Di Jeddah juga, ramai suami isteri yang mencari ‘port’ untuk berjumpa, x kurang juga yang belum ada ikatan, berani menunjukkan belangnya!
Melihat fenomena ramai yang sudah berkahwin ini menyebabkan pelajar yang belum berkahwin mempunyai keinginan untuk berkahwin.Malah, sembang dalam Fb pun , sudah meletakkan cirri-ciri barangan hantaran idaman, walaupun hanya baru tahun 1!
Sabarlah menanti
Tidak salah mempunyai keinginan untuk berkahwin.Ianya adalah lumrah yang Allah jadikan untuk menghalalkan apa yang haram sebelum berkahwin.Ucapan di atas saya tujukan kepada yang mereka yang belum berkahwin.Kerisauan itu membahayakan, keyakinan itu menyelamatkan.Insya Allah, jodoh itu akan tiba juga. Yakinlah, Allah meletakkan waktu yang sesuai, orang yang sesuai, detik jatuh cinta yang sesuai,keadaan hati yang sesuai , persediaan yang sesuai dan sentiasa dalam keredhaanNya.Sabarlah menanti…
Banyak kemungkinan yang boleh kita ambil iktibar mengapa kita belum berkahwin lagi.Antaranya :
Kemungkinan yang amat perlu dititikberatkan adalah mungkin cinta kita terhadap Allah belum sampai satu tahap cinta yang hakiki.Dengan sebab itu, Allah mahu kita memperbaiki cinta kita kepadaNya sebelum cinta beralih kepada makhlukNya!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang meluaskan perkenalan di kalangan sahabat-sahabat kita.Peluang ini mungkin terbatas sekiranya sudah berkahwin.Peluang ini seharusnya dimanfaatkan dengan menghargai setiap sahabat, berdakwah bersamanya,menuntut ilmu bersama-sama, mengajak bertalaqqi bersama syeikh di Mesir kerana keinginan untuk sama-sama masuk ke syurga Allah kelak.          
Mungkin juga Allah nak kita betul-betul menghargai ibu dan ayah kita sebelum kita mementingkan orang lain kelak setelah kita berkahwin.Ibu dan ayah adalah insan terbaik yang Allah hadiahkan kepada kita semenjak kita lahir ke dunia.Kita hendaklah berusaha menolong mereka,mengikut kata mereka,dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.Malah, saya cukup terkilan sekiranya terbaca di dada akhbar mengenai anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa setelah sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.Ya Allah, jauhkan aku daripada golongan seperti itu!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang belajar bersungguh-sungguh  dalam pengajian perubatan,Seperti kita semua sedia maklum, perubatan adalah satu bidang yang bukan mudah.Teringat kata-kata Dr.Muhayyah,”Kamu bukannya harus berusaha bersungguh-sungguh,tetapi WAJIB berusaha bersungguh dalam bidang ini sebab kamu bukannya deal dengan mesin, tetapi manusia!”. Malah, kita juga akan mendapat kemudahan untuk ke syurga sekiranya kita benar-benar menuntut ilmu kerana Allah.  ’ Remember, no mistakes in emergency room!’…(bagaikan pernah terdengar kata-kata ni, tapi di mana ya?..huhu)
Kesimpulan
Saya tujukan post ini kepada mereka yang ingin berkahwin, tetapi belum sampai masanya.Saya bukannya tidak menggalakkan untuk berkahwin, cumanya mengharapkan sahabat-sahabat dapat mengisi masa yang ada dengan sebaiknya sebelum berkahwin.Jangan disebabkan angau sangat nak kahwin, hala tuju hidup ini hampir dilupakan .Bermuhasabahlah daripada kehidupan.
Berkahwinlah kerana dakwah,kerana ianya bermanfaat kepada Islam, bukan kerana nafsu semata..
Allahu Rabbi..=.=

No comments:

Post a Comment