Thursday, 24 March 2011

An-nikah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T
Hari ini hari bermakna buat seorang sahabat saya,Puan Naimah. Hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-23.Bagi kami, wanita, hari bermakna ini memang sangat perlu diingati.Memang berbeza sungguh dengan lelaki. Mereka memang ditakdirkan untuk kurang mengingati hari yang bermakna. Well. ‘Men from Mars,Women from Venus’..^_^
Akhir-akhir ini, selalu sangat mendengar perkataan ‘kawen’.Ke mana-mana , perkataan ini x pernah lupa diucapkan dalam sembang-sembang kosong seharian bersama kawan-kawan.Dalam status FB,blog dan macam-macam lagi , perkataan tersebut selalu disebutkan kawan-kawan.Maklumlah, memang dah sampai waktunya.Malah, antara kami pun ramai yang sudah berkahwin dan malah mempunyai anak!
Kadang-kadang saya terfikir, adakah fenomena ini adalah satu igauan yang menjadi bayang dalam kehidupan belajar di Mesir?(macam x patut salahkan tempat belajar.hehe)Teringat pengalaman ketika evakuasi ke Jeddah dahulu. Baru saya tahu, sememangnya memang ramai pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.X terkira banyaknya, sampaikan penat  mata ini tengok banyak sangat baby yang comel .geram!.^_^
Di Jeddah juga, ramai suami isteri yang mencari ‘port’ untuk berjumpa, x kurang juga yang belum ada ikatan, berani menunjukkan belangnya!
Melihat fenomena ramai yang sudah berkahwin ini menyebabkan pelajar yang belum berkahwin mempunyai keinginan untuk berkahwin.Malah, sembang dalam Fb pun , sudah meletakkan cirri-ciri barangan hantaran idaman, walaupun hanya baru tahun 1!
Sabarlah menanti
Tidak salah mempunyai keinginan untuk berkahwin.Ianya adalah lumrah yang Allah jadikan untuk menghalalkan apa yang haram sebelum berkahwin.Ucapan di atas saya tujukan kepada yang mereka yang belum berkahwin.Kerisauan itu membahayakan, keyakinan itu menyelamatkan.Insya Allah, jodoh itu akan tiba juga. Yakinlah, Allah meletakkan waktu yang sesuai, orang yang sesuai, detik jatuh cinta yang sesuai,keadaan hati yang sesuai , persediaan yang sesuai dan sentiasa dalam keredhaanNya.Sabarlah menanti…
Banyak kemungkinan yang boleh kita ambil iktibar mengapa kita belum berkahwin lagi.Antaranya :
Kemungkinan yang amat perlu dititikberatkan adalah mungkin cinta kita terhadap Allah belum sampai satu tahap cinta yang hakiki.Dengan sebab itu, Allah mahu kita memperbaiki cinta kita kepadaNya sebelum cinta beralih kepada makhlukNya!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang meluaskan perkenalan di kalangan sahabat-sahabat kita.Peluang ini mungkin terbatas sekiranya sudah berkahwin.Peluang ini seharusnya dimanfaatkan dengan menghargai setiap sahabat, berdakwah bersamanya,menuntut ilmu bersama-sama, mengajak bertalaqqi bersama syeikh di Mesir kerana keinginan untuk sama-sama masuk ke syurga Allah kelak.          
Mungkin juga Allah nak kita betul-betul menghargai ibu dan ayah kita sebelum kita mementingkan orang lain kelak setelah kita berkahwin.Ibu dan ayah adalah insan terbaik yang Allah hadiahkan kepada kita semenjak kita lahir ke dunia.Kita hendaklah berusaha menolong mereka,mengikut kata mereka,dan sentiasa berbuat baik kepada mereka.Malah, saya cukup terkilan sekiranya terbaca di dada akhbar mengenai anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa setelah sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.Ya Allah, jauhkan aku daripada golongan seperti itu!
Mungkin Allah nak bagi kita peluang belajar bersungguh-sungguh  dalam pengajian perubatan,Seperti kita semua sedia maklum, perubatan adalah satu bidang yang bukan mudah.Teringat kata-kata Dr.Muhayyah,”Kamu bukannya harus berusaha bersungguh-sungguh,tetapi WAJIB berusaha bersungguh dalam bidang ini sebab kamu bukannya deal dengan mesin, tetapi manusia!”. Malah, kita juga akan mendapat kemudahan untuk ke syurga sekiranya kita benar-benar menuntut ilmu kerana Allah.  ’ Remember, no mistakes in emergency room!’…(bagaikan pernah terdengar kata-kata ni, tapi di mana ya?..huhu)
Kesimpulan
Saya tujukan post ini kepada mereka yang ingin berkahwin, tetapi belum sampai masanya.Saya bukannya tidak menggalakkan untuk berkahwin, cumanya mengharapkan sahabat-sahabat dapat mengisi masa yang ada dengan sebaiknya sebelum berkahwin.Jangan disebabkan angau sangat nak kahwin, hala tuju hidup ini hampir dilupakan .Bermuhasabahlah daripada kehidupan.
Berkahwinlah kerana dakwah,kerana ianya bermanfaat kepada Islam, bukan kerana nafsu semata..
Allahu Rabbi..=.=

Tuesday, 22 March 2011

Keramat sentence

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Perkataan keramat yang saya kira mudah disebut, tetapi sukar untuk mendapatkannya..SABAR..

Sabar menurut Imam al-Suyuti adalah menahan diri terhadap apa-apa yang tidak disukai(musibah).Ia merupakan satu sifat mahmudah yang sentiasa diuji untuk mengenal pasti tahap keimanan seseorang hamba. Ia kerap kali diuji apabila seseorang sedang menghadapi sesuatu musibah dalam kehidupannya.Alangkah indahnya sifat sabar ini kerana ianya menjanjikan ganjaran pahala yang besar apabila kita benar-benar menghayatinya kerana Allah semata-mata.

Sifat sabar seringkali dikaitkan dengan musibah, kerana apabila adanya musibah, kita hendaklah sabar dan redha.Teringat saya kata-kata guru tasawuf yang disegani,Syeikh Rohim. " Sabar itu memenatkan, redha itu merehatkan"

'Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hatinya'.Kata hikmah daripada Ibn Ata'illah ini menegaskan bahawa, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan pahit.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, 'Perumpamaan orang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja!'

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud, ' Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin, semua perkara yang terjadi pada dirinya selalu baik untuknya.Kalau mendapatkan kesenangan, dia bersyukur.Maka itu sangat baik untuknya.Dan kalau tertimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya.'

Sabar di atas musibah kematian,
Sabar untuk menang dalam perjuangan,
Sabar merentasi kegagalan,
Sabar mengatasi kemarahan,
Sabar menghadapi celaan manusia,
Sabar dan mujahadah menghadapi godaan nafsu,
Sabar meredahi dugaan hidup yang dilalui,
Sabar menanti jodoh dan rezeki yang belum pasti,
Sabar untuk pandai menulis sesuatu yang berharga.....huhu

Keseluruhan episod hidup kita dipenuhi dengan perkataan keramat ini.Semoga kita semua mendapat sabar yang pertama, iaitu sabar sebelum merungut tentang ujian yang diberi.

"Orang yang beriman akan menilai semua yang berlaku sama ada pada dirinya mahupun alam ini sebagai sesuatu yang positif.Mereka sedar semua itu Allah hasilkan untuk mendidik hambaNya sekaligus menyelamatkan mereka daripada api neraka."

 

Saturday, 19 March 2011

Nilai..@ valuE

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah wa solatu was salam 'ala Rasulillah..

Sudah genap 10 hari berada di bumi Mesir tetapi tetap merasakan telah lama berada di bumi ini.

Mesir sedang berubah..

Pada hari ini,Mesir sedang menjalankan pengundian untuk memilih sama ada menukar atau tidak perlembagaan yang sedia ada.Melihat kesungguhan rakyat mesir yang inginkan kebebasan, kesejahteraan dan keamanan begitu menarik perhatian saya.Sekarang, kesemua rakyat bersatu untuk membina negara yang mereka cintai ini dan saya doakan semoga Allah memudahkan mereka..ameen.

Nilai?

Apakah nilai anda? Adakah anda benar-benar faham mengenai nilai?

Bayangkan diri kita sebagai sebuah kereta.Apabila kita menetapkan tujuan yang jelas dan menentukan jalan ke arah menujunya, kita memerlukan minyak petrol untuk menggerakkan kereta ( diri kita).Tanpa minyak petrol, kita tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Nilai diibaratkan sebagai minyak petrol yang membantu menggerakkan kereta ke arah tujuan yang ditetapkan.

Nilai adalah keinginan yang menyala-nyala dalam diri yang menyebabkan kita terdorong, sanggup berkorban dan rela menempuh kesusahan demi mencapai tujuan hidup.


Jika tujuan hidup untuk beribadah, maka nilai yang perlu dimiliki ialah berkorban, ikhlas dan sabar.
Jika tujuan hidup kita untuk menjadi khalifah, maka nilai yang harus kita pegang mestilah berani, gigih dan komited..
Jika tujuan hidup untuk menjadi seorang daie, maka nilai harus diperhalusi ialah bersungguh-sungguh,proaktif dan sabar..
Jika tujuan hidup untuk menjadi seorang pejuang, maka nilai mesti dihayati ialah sanggup berkorban,ikhlas dan berani..

Namun, sejauh mana Muslim hari ini berpegang kepada nilai-nilai Islam? Iman adalah nilai yang kita akui, tetapi kemewahan,keseronokan dan hiburan adalah nilai yang kita amalkan.Hakikatnya nilai sebenar seseorang bukan nilai yang diakuinya tetapi nilai yang diamalkannya!

Dalam Islam, nilai itu dirujuk kepada wahyu,bukan kepada pertimbangan manusia.Dan sesiapa yang berpegang kepada nilai-nilai Islam, dia akan mendapat panduan yang betul dunia dan akhirat.

Nilai memberikan kita kuasa mengawal kehidupan kita sendiri tanpa perlu bersandar kepada pihak yang berautoriti.Kita mempunyai kebebasan untuk bertindak secara proaktif.Kita boleh memilih respons yang kita inginkan pada setiap rangsangan luaran.

Jika orang mencela kita misalnya,kita mampu membuat pilihan berdasarkan nilai kita.Jika kita berpegang kepada nilai iman, kasih sayang dan keharmonian, maka kita tidak akan mencelanya semula.Orang yang memegang nilai dalam kehidupan sebenarnya telah memegang "remote control " kehidupannya sendiri. Dia tidak menyerahkannya kepada orang lain!

Nilai diri..
Nilai Kemanusiaan..
Nilai persaudaraan..
Nilai kasih sayang..
Nilai agama..

Kesemua nilai tersebut adalah kompas dalaman yang menjanjikan kuasa ketabahan,sumber ketenangan dan tenaga kejayaan yang tidak terbatas. Tanpanya, kita hanya umpama haiwan berteknologi dalam belantara konkrit yang batinnya menjerit kekosongan, kekecewaan, kebosanan dan kemarahan.

Jadi, tentukan nilai dan tujuan hidup anda! Anda memilih nak ke syurga atau yang sebaliknya...

Allahua'lam.

Tuesday, 15 March 2011

SPIES vs BTN

Bismillah wa  Alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tidak menulis pendapat tentang sesuatu.huhu. Rehat selama sebulan di Malaysia tidak pernah lekang dengan pengetahuan yang baru.Seronok!

SPIES

Program motivasi yang diadakan anjuran negeri Selangor ini banyak menguji dan mengisi minda ini.Walaupun diadakan pada waktu penghujung cuti, saya benar-benar terhibur dengan pengisian yang diadakan.Tidak sangka sekali lagi akan menjadi PESERTA program sebegini.^_^

S-----Spiritual
P-----Physical
I------Intelectual
E-----Emotional
S-----Social

Inilah 5 elemen yang perlu diseimbangkan untuk menjadi anggota masyarakat yang berkebolehan dan berjaya dunia dan akhirat.Saya sangat kagum bagaimana program ini dapat difikirkan oleh exco Pendidikan kerajaan negeri Selangor yang ingin membangunkan masyarakat agar terbentuk satu tenaga manusia yang berguna dan bebas jenayah.

Kami disaji dangan pelbagai pengisian.Antara pengisiannya ialah tentang 'Brain Mapping' yang disampaikan oleh seorang Dr. yang saya kira dia tidak pernah jemu untuk belajar dan saya kira dia sememangnya layak untuk bercakap mengenai tajuk ini.Kami diajar untuk sentiasa berfikir positif untuk segala kemungkinan yang datang.Dia sering memberi kata-kata semangat yang mampu membakar semangat yang tersimpan dalam diri kami.

Selain itu,aktiviti 'Ansar dan Muhajirin' juga terpahat dalam memori kami sehingga hari ini.Walaupun saya mempunyai kenangan pahit sewaktu aktiviti ini dijalankan, banyak pengajaran yang saya dapat ambil daripada aktiviti ini.Sebahagian daripada kami yang ditutup matanya (Muhajirin) dibimbing oleh mereka yang celik (Ansar) untuk merentasi halangan yang disediakan.Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menjadi muhajirin.Kami juga disuapkan makanan untuk makan malam.Pada waktu inilah saya amat terasa kehilangan satu nikmat yang paling besar iaitu nikmat MELIHAT.Betapa sukarnya dan terasa gelapnya dunia bila mata ditutup.Oleh itu, marilah kita menghargai segala nikmat kurniaan Allah sebagai tanda syukur kita kepada pemberian yang tidak ternilai itu.

Trainer MANTOP Training& Consultancy memang wajar untuk mendapat 'thumbs up' daripada kami. Kami diajar untuk menghargai kasih sayang,mengingati Allah dalam setiap masa, mengutamakan kerjasama untuk membangunkan sesebuah organisasi dan banyak lagi nilai positif.

Walaupun pada asalnya niat untuk datang ke program ini untuk mendapatkan tiket, tetapi kami diperingatkan untuk memperbaharui niat supaya tidak sia-sia dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.


~ Hiasan semata-mata ~

BTN

Kami dipaksa untuk datang ke program ini.Tetapi setelah diingatkan oleh kawan tentang 'brain mapping',akhirnya akur jua untuk datang ke program ini.Semoga amalan saya diterima sepanjang menghadiri kursus ini.+_+

Kami dibentangkan tentang polis cawangan khas iaitu SB.Pada mulanya saya tidak faham kaitan SB dengan BTN.Rupa-rupanya ,kami didedahkan ttg SB supaya kami tidak berani untuk menjadi pengancam kepada negara.Begitukah???  @_@

Setahu saya, BTN adalah satu program untuk menanamkan semangat cintakan tanah air. Tetapi, program kali ini ialah BINA NEGARA KHAS....untuk memperkenalkan gagasan 1 Malaysia yang sampai sekarang saya kurang faham apa yang ingin disampaikan , malah saya pun tidak mahu cuba untuk faham.+_+

1 Malaysia dibuat untuk menyatupadukan semua penduduk yang berbilang kaum di negara ini.Namun, apabila diterangkan, banyak menjuruskan untuk mempertahankan Melayu dan menindas kaum lain.Saya perasan yang kebanyakan ceramah seolah-olah mengatakan India adalah kaum yang ganas (melalui penerangan mengenai HINDRAF) dan kaum cina berjaya menguasai ekonomi negara dan mereka seolah-olah tidak berhak untuk duduk di negara ini.Jadi, apa maksud 1 Malaysia sebenarnya??? @_@

Tapi, kami diberi kebebasan untuk menerima atau menolak hujah yang diberikan.Nak menolak boleh?=P

Tak mengapa.Mari buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Pengalaman yang paling seronok adalah aktiviti 'Turun Dinding' dan membuat istana pasir di pantai.Pengisian yang paling seronok ialah pengenalan identiti yang disampaikan oleh unit psikology,JPA.

Namun, hanya sedikit penghayatan mengenai Islam diletakkan dalam pengisian btn +_+

Kesimpulan

Saya menyeru agar kita semua berfikir kembali fakta dan pengisian yang disampaikan.Kita adalah golongan terpelajar,bukan menerima bulat-bulat dan terus simpan dalam kotak pemikiran.Kita seharusnya perlu berfikir apakah kebenaran yang kita perlu terima dengan mengkaji segala sumber yang benar bukan menerima segala kajian fakta yang menjurus ke atas tujuan tertentu.

Kita perlu sedar bahawa Islam sahaja akan menyatupadukan semua dan menyelesaikan segala masalah yang ada di muka bumi ini.

Teringat komen sesorang ttg kedua-dua program.
" SPIES banyak promote apa yang pembangkang buat, kalau BTN banyak promote apa yang kerajaan buat, tapi semuanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing...."- Saya kira ini adalah komen 'selamat'

Wallahua'lam

Monday, 14 March 2011

hmm...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini saya berminat untuk berkongsi sebuah cerita.Semoga bermanfaat ^_^

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk.Dalam keadaan genting , dia berseru, "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin." Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut pada batang pokok.

Namun, ribut masih bertiup kencang.Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi,"Ya Allah,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."



Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."

Ribut telah pun berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh." Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa - apa pun!"

Pengajaran :

Dalam keadaan susah , manusia sering ingatkan Allah tetapi bila senang manusia mudah melupakanNya.Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakanNya?

Sunday, 13 February 2011

Hikmah di sebalik krisis di Mesir

Allahu Akbar..
Alhamdulillah...=)

Itu sahaja mampu diucapkan.Akhirnya, rakyat Mesir berjaya untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.InsyaAllah, pentadbiran yang baru akan memacu Mesir ke arah yang lebih gemilang dan lebih bersistematik ^_^.

Pengalaman merasai gas pemedih mata, kelaparan di ARMA,merasa pengalaman menjadi pelarian, kekeyangan di Madinatul Hujjaj, dan akhirnya kembali ke Malaysia terchenta...fuh...tak tertulis kesemuanya di sini.=P

Alhadulillah di atas ujian ini,Ya Allah..
Banyak yang aku pelajari,
Bermula 26 jan di mana kami dilarang keluar selepas jumaat,
Tetapi tetap mengikut kata hati untuk keluar apabila hari hampir senja,
Untuk melihat apa yang sedang berlaku,
Rupanya aku mendapat pengalaman untuk merasai gas pemedih mata..+_+

Kesokkannya,aku telah melihat banyak kesan demo,
balai polis dan beberapa buah kenderaan terbakar,
Seakan-akan keamanan telah diragut kesemuanya.

Keadaan semakin teruk, dan kami diarahkan untuk berkumpul di ARMA,
Pelbagai ragam orang dapat aku lihat,
Ada yang mengisi masa lapang sebaiknya,
dan ada juga sebaliknya,
Terpaksa berkongsi ruang dengan orang yang ramai,
Makanan yang terhad,
Di samping berita palsu yang diterima,
Dan ada sesetengahnya terus  mengatakan berita yang tidak benar kepada keluarga,
Kerana terlalu ingin pulang ke Malaysia..

Setiap hari,kami sering dikejutkan dengan pengumuman,
Akhirnya perintah untuk evakuasi dikeluarkan,
Kami dipindahkan di Jeddah.

Aku teringin sangat pergi ke sana,
Seolah-olah Allah mendengar isi hati ku ini,
Tetapi, hajatku tidak kesampaian juga,
Entah kenapa terlupa tujuan untuk mengerjakan umrah..+_+

Aku dengar ada yang berkesempatan mengunjungi Baitullah,
Alangkah seronoknya...(Memang orang yang terpilih sahaja yang akan pergi)
Ya Allah sampaikan aku ke sana ya satu hari nanti...^_^

Selama 5 hari di madinatul hujjaj,
Ada yang menganggap ia satu kelebihan,
Ada yang menganggap ia satu musibah,
Kami bercampur gaul dengan ramai orang,
drpd pelbagai negeri,pelbagai ragam,
Ya..seperti pelarian,
Pelarian yang selesa...
Bantuan tidak putus-putus daripada mereka yang baik hati,
pakaian,makanan,air minuman,keperluan kanak-kanak,
Alhamdulilah atas segala nikmat..^_^

Semoga kami semua mendapat pengajaran di sebalik semua ini,
Terima kasih,Ya Allah,
Semoga kami terus gigih untuk belajar mencari redhaMu,
Di bumi yang dijanjikan keamanan olehMu,
Bumi kami mengejar cita-cita yang murni,
Di bumi kami menjadi berani dan berdikari,
Semoga kami menjadi mutiara dan permata apabila kami kembali ke Malaysia nanti..ameen =.=

Sunday, 23 January 2011

Lakaran minda~

Betapa inginku diami sebuah daerah
seindah lakaran minda
Dunia anganan yang damai terlalu sempurna
Bagaikan gambaran syurga
Kesantunan murni menjadi wiritan
Segalanya tunduk dalam ketaatan

Semua manusia merasa dirinya bersalah
Dan lantas memohon ampun
Mendermakan harta sehingga tiada siapa
Yang sudi menerimanya
Tiada terdengar tangis kelaparan
Tiada sengketa peperangan

Ku padamkan mentari kehangatan
Ku nyalakan bulan kegelapan

Bebintang kusentuh kupetik
Kutabur di jalanan
Menjadi lampu alam
Berkelip kelipan

Anak-anak minta dipukul
Kerana merasa sakitnya ibu melahirkan
Para isteri memukul diri
Kerana merasa diri derhaka pada suami

Keluarga bagai syurga disegerakan
Para suami rela akui kelemahan

Begitu indahnya dunia mimpiku
Dapatkah kubawa dalam realitiku
 
* Lirik lagu saujana
 
( muka yang suci yang ingin membawa risalah Islam...~)
 
Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W serta ahli bait Baginda.
 
Benarlah ilham untuk menulis itu daripada Allah.Sudah berapa kali saya membuka ruangan 'new post' untuk menulis sesuatu,tetapi kemudiannya saya termenung x tau nak tulis apa..huhu..+_+
 
Entahlah, akhir-akhir ni mood agak swing~..Sensitif dengan persekitaran yang menyakitkan.(Benarlah kata-kata manusia yang wanita dikuasai emosi sentiasa)=.=
 
Apa pun, saya sebenarnya ingin berkongsi ttg lirik lagu di atas.Sejak akhir-akhir ini,suka berimaginasi~
 
Dunia yang aman~
 
Tapi, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya..
Manusia merasakan diri tidak bersalah kepada TuhanNya,
Semakin banyak berlaku kepincangan dalam rumahtangga,
Semakin bertambah kemaksiatan sehingga lupa dia umat yang disayangi Nabinya,
Semakin naik harga barang tanpa mengingati kesusahan rakyatnya( eh,cam laen je..^.~ )
 
Apa pun,
Kembalilah kepada 3 asas yang utama,
Iman , Ilmu dan akhlak...
 
 
Banyakkan membaca, memahami tafsir dan mentadabbur Al-Quran,
Petunjuk manusia sepanjang zaman,
Dan seterusnya mengamalkan Al-Quran,
Berakhlaklah seperti akhlak Al-Quran,
Banyakkan qiam,solat duha dan baca Al-Quran,
Semoga hati dapat dibersihkan sentiasa,
Semoga setiap langkah disuluh redha dan petunjukNya,
Semoga mimpi untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi tercapai satu hari nanti,
Hasil daripada mereka yang membawa Al-Quran...Insya Allah..